Jangan ikut selagi tak ada niat nak ikut Rasulullah & para sahabat

Friday, March 26, 2010

Hakikat Yang Dihijab


Sebagai permulaan, diingatkan (utk diri sendiri juga)yang jazbah dalam usaha agama ini sangat penting. Dengan adanya jazbah, suasana akan datang. Baru ada kekuatan <---- iman umat akhir zaman kan iman suasana..huhu

Kebetulan jumpa 1 risalah yang bertajuk Pengorbanan Para Pendakwah (Daie). So, fikir2 best jugak kalau copy paste ni (niat utk kongsi2 la..hehe). Ape2 pn, nk mintak maap sm pemilik source ni (xtahu mcm mn nk contact diorng..huhu). Kalo yg membaca ni ade yg kenal, sampai2 kn la ye


"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar" (At-Taubah: 111)
SubhanAllah! Hiba rasanya hati ini melihat pengorbanan para daie. Amat mulia peribadi mereka menjalankan dakwah yang merupakan tugas para nabi dan Rasul. Mereka bertungkus lumus berkorban diri dan harta (termasuk masa <--- sendiri edit) hanya kerana Allah dan agama-Nya, menjadikan segala-galanya hanya untuk dakwah, mengorbankan segala yang indah disisinya untuk memartabatkan agama Islam. Siapakah yang lebih mulia daripada mereka yang menyeru kepada Allah?

"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata: sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslimin (yang menyerah diri)?" (Al-Fussilat: 33). Akan tetapi mengapa manusia itu tidak melihat pengorbanan mereka ini? Malah menolak dakwah, menbenci dan melontarkan kata-kata cacian dan hinaan. Bersabarlah wahai para pejuang Islam sekalian! Sudah lumrah berdakwah itu sesuatu yang amat sukar. "Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka. Mereka akan bersumpah dengan Allah: 'Jikalau kami sanggup tentulah kami berangkat bersama-samamu'. Mereka membinasakan diri mereka sendiri dan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta". (At-Taubah: 42). Malahan andai dakwah ini cukup mudah, masakan Rasulullah sanggup mengatakan "Seandainya diletakkan matahari disebelah tangan kananku dan bulan di tangan kiriku, pasti aku tidak akan meninggalkannya melainkan aku menang dengannya atau aku mati kerananya".

Marilah para daie yang cukup mulia. Bangkitlah tanpa kenal rasa sedih dan duka. Melangkah terus maju dan maju dengan memegang Al-Quran dan As-Sunnah. Menjadikan tahajud sumber kekuatan diri, menanam erti kegagahan dengan alunan kitab suci yang mengalir dalam darah, berlari dalam layar kehidupan dengan wangian syurga disisi. InsyaAllah kemenangan itu adalah benar dan pasti. Bersabarlah. namun, dalam menetap kesebaran di hati, sering kali diri kita ini diuji debgan bermacam-macam ujian. Apalah daya bagi seorang manusia yang fitrahnya masih kenal perasaan sedih, penat dan juga derita. bersabarlah dan berserahlah kepada Allah wahai pembaca risalah ini yang bergelar daie!<--- dlm terbitan asal pendakwah..tukar jd daie mcm berselera sket dgr..maksud yg sm xpe kn..hehe


(Sumber: Ar-Risalah terbitan BAKDIS, Sekolah Menengah Kebangsaan Hamzah Machang, Kelantan)

0 comments: