Jangan ikut selagi tak ada niat nak ikut Rasulullah & para sahabat

Sunday, March 28, 2010

Jord Akhir Sem


Assalamu'alaikum warohmatullah wabarokatuh...

Alhamdulillah...syukur yg tak terhingga ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia & inayah Nya Jord akhir sem student UTM untuk sesi 2009/2010 telah selesai dijalankan (br balik ni..penat2)..

Jord yg telah bermula mungkin dlm pukul 9 (dtg lmbt sbb pergi usulli lagi student kat kolej <-- ramai ke bang??..adehh) selamat selesai selepas zohor (of kos la ade ta'am dlu..alhamdulillah)..

Program dimulakan dengan bacaan hadith (sementara menunggu student2 yg msh lagi belom sampai) sehingga jam 10.15..lepas tu program diambil alih oleh seorang brader yg bole di kira br blk 4 bln IPB, Cikgu Suhaili (da sebulan kot)..ape lg, taghrib yg diberikan mmg berasap berapi la..penuh semangat..mmg berasap telinga dengar..hoho

Kemudian, pkul 10.45 program disambung dgn Karghuzari usaha student (sluruh UTM & kolej) smp pukul 11.30..disebabkan masa tak mencukupi & byk jugak bilangan kolej kat dlm UTM ni, ada kolej2 yg tak sempat bg karghuzari..

Habis Karghuzari tu baru la mula bayan..masa bayan yg diberikan hanyalah smp pukul 12.15..Cikgu Md Jabar telah diputus sebagai pembayan walaupun ada beberapa syura kat Jord tu..mungkin sebab banyak pengorbanan yg dilakukan menjadi asbab beliau dipilih oleh amirsab..apa2 pn keputusan amirsab tu adalah ilham dr Allah..(benar!!)

Lepas bayan student di pecah2 ikt marhalah msng2..mostly kolej msng2 la..org awam dr marhalah kembar setiap kolej pulak ambil tanggungjawab untuk teruskan program seterusnya, tafakut..alhamdulillah, rata2 marhalah ada beberapa student yg tafakut utk keluar 40 hari & 4 bulan cuti semester nanti..ada jugak beberapa student yg ada azam utk keluar kurang dr 40 hr cuti semester ni..tp tak ditafakut la..

Tengah sibuk2 dgn tafakut, da kena tasykil ke mimbar bayan untuk bayan penutup..ms ni jam pukul 12.35..smp la giliran syura pulak bg bayan, Cikgu Mohd Noor..sekali bayan penutup macam bayan nak tasykil daa (pembayan sendri cakap ek..hoho)..trus die tukar tune bayan utk jd bayan penutup (br tahu rupa2 nya ada tune2 gak bayan ni..mmg insanlemah la)..lebih kurang 12.45 pembayan tangguh bayan & disambung dengan bacaan doa oleh seorang lg syura, Hj. Mohd Amin..ingt kn nk doa lama2, tp sekejap je dlm 3-4 min je kot..skejap2 pn, ada kisah disebaliknya (insyaAllah cerita di next n3)..lepas tu dah boleh b'siap2 utk waktu zohor..

Selesai solat zohor ape lagi, solat ba'diah zohor la..lpas tu br la ta'am sheikh..hehe..alhamdulillah, berkat berjemaah makan pun sedap..apa2 pun, bila ta'am berjemaah ni berkat dia lain sket..istilah nya "sket cukup, banyak habis"..haaaa

Bila perut dah di isi, tu tanda nya program dah habis (biasa la program2 lain kt utm ni mst ending nya pun ta'am jugak..rasa2 nya kat tempat lain sama jugak kn..mgkn ada sesetengah yg menjadikan ta'am tu mcm umpan la..tp harap2 yg hadir td tak menjadikan tu sebagai maksud kedatangan mreka..amin ya Allah)

Semoga Jord yg dijalankan td mencapai matlamat seperti apa yg dimesyuarat kan, mendapat rahmat & diampuni segala dosa2 kami sekiranya berlaku kesilapan semasa Jord..harapan nya agar yg dah tafakut, dapat keluar dengan jayanya..yang ada keazaman utk keluar kurang dr 40 hari pn dpt keluar dengan jayanya..yg lain2 tu semoga Allah SWT bg taufik & hidayah agar mendapat kefahaman yg sebenar, & menjadikan usaha ini maksud hidup masing2..aminnnnn

Wassalam...

0 comments: