Jangan ikut selagi tak ada niat nak ikut Rasulullah & para sahabat

Tuesday, May 25, 2010

Fadhilat Buat Usaha Agama


Antara kelebihan (fadhilat) buat usaha agama (yg org panggil tabligh tu)..

1. Bersahabat tanpa kenal
   - bila keluar jemaah, pasti akan ada antara ahli jemaah yg entah datang nya dari mana, entah apa keturunan nya, bermacam2 warna kulit & bermacam2 kisah hidup..tp bila dalam jemaah dapat bersahabat melebihi kawan (sahabat lain drp kawan ye)
2. Alim tanpa madrasah
   - tanpa pergi mana2 madrasah pn boleh jd alim..inilah sekolah iman..belajar ilmu iman..usaha atas iman
3. Mulia tanpa keturunan
   - bila mula bayan je, maka orang ramai akan duduk rapat2 depan pembayan..xkira la siapa yg bayan tu..hatta banduan pn orang akan tetap mulia kn apa yg di bayan kan..yg dengar pulak pun sama..pasti akan disebut "tuan-tuan yang mulia"
4. kaya tanpa harta
   - merata2 tempat pergi, walhal harta sikit pn takde..Hj. Marzuni cerita kisah dia di 1 airport UK kalo xsilap..yg pst nya europe..jumpa seorang Dato'..tanya kan berapa belanja dia untuk keluar di sana..Hj. Marzuni jawab RM 6,000..Dato' tu balas "saya kat sini RM 10k sehari"..


Alhamdulillah, semalam br balik keluar beberapa hari di Halqah Larkin..sempat la iktikaf di Surau Kg. Setanggi, Masjid Kg. Sulaiman Dato' Menteri di Majidee & Masjid As-Sobirin di Taman Daya..attach dgn jemaah 40 hari yg bergerak kat sana tu..jemaah dari UTM juga..alhamdulillah, sempat la keluar bersama seorang syura JB, Hj. Marzuni beberapa hari..fadhilat kat atas tu dia la yg bagi..

Jemaah ni bayan hidayat di Sri Petaling bersama jemaah Alahyarham Huzaifah yg syahid di Sabah baru2 ni..ada beberapa ahli jemaah ni yg cam muka Allahyarham masa kat Sri Petaling..kebetulan salah1 route jemaah ni kena kat kg atuk Allahyarham..atuk dia bgtahu yg dia kagum tgk jenazah Allahyarham..mcm org hidup..khabar nya ayah nya terus sediakan 2 org adik Allahyarham keluar 40 hari cash lepas tu..subhanallah, mati pn boleh jadi asbab hidayat..dikatakan, lebih kurang 1000 orang sembahyang jenazah untuk Allahyarham..xdapat dibayang kan dengan jemaah yg sebegitu ramai & yg pasti nya dikalangan alim ulama' dan hafiz2 di Seri Petaling tu..Allahuakbar, aku pasti mencemburuimu

Doa2 kan ana utk keluar 4 bulan IPB tgh bulan 6 ni..dah dapat tarikh submit report 14 jun..tarikh present je belum tahu lagi..Doa kan semoga Allah SWT permudahkan segala urusan ana

Jazakallahu khairan kathira...

Tuesday, May 4, 2010

Sijil "Kursus Perkahwinan"


Assalamu'alaikum warohmatullah wabarokatuh...

"Untuk mendapat sijil perkahwinan ini, saudara dan saudari cuma perlu mengikuti kursus perkahwinan selama 1 hari setengah...tetapi mestilah di pusat kursus perkahwinan yang sah, laku dan diiktiraf oleh Jabatan Agama"


hmmm..mcm tu la untuk isteri pertama aku ni..kena la ade pengesahan mcm tu jugak..kan3


lain macam je ni


rupa-rupa nya, inilah benda alah nya...

Alhamdulillah, Allah Ta'ala permudahkan urusan aku pagi tadi..sampai2 je trus dapat berurusan..kalau di Johor hari tu, mashaAllah..hidayat......

Semoga dipermudahkan juga urusan2 yang lain..mohon didoakan insanlemah ini untuk keluar 4 bulan insyaAllah Jun nanti

Jazakallah

p/s: beberapa maklumat terpaksa di censored atas faktor2 keselamatan

Bayan Maghrib Jemaah Palestin


Assalamu'alaikum warohmatullah wabarokatuh..

Atas permintaan saudara kita, ana segera kan untuk upload bayan last jemaah Palestin ni di Malaysia untuk kali ini.. (moga2 Allah swt pilih mereka untuk keluar lagi di Malaysia..mereka suka)..hajat nya nak upload esok je..insyaAllah, belajar2 untuk tunaikan hajat sesama muslim..moga2 diterima..aminnn

murtajim: Ustaz Yusri Kedah
http://www.zshare.net/audio/756716398763161a/ (format wav)
http://www.zshare.net/download/756709222abe6b72/ (format amr)

Doa2 kan ana untuk keluar 4 bulan Jun nanti

Wassalam

Monday, May 3, 2010

Karguzari Jemaah Palestin



Assalamu'alaikum warohmatullah wabarokatuh...

Alhamdulillah pagi tadi berkesempatan pergi hantar jemaah Palestin ke Airport dari Terengganu ke KLIA jam 10 pagi..setelah 10 hari route mereka di sini, insyaAllah mereka akan ke Indonesia flight jam 4 petang ni..moga2 selamat sampai..semalam pulak sempat la menunaikan hajat jemaah nak ber bbq di tepi pantai..apa2 pun, kita layan..zasssss

potong..potong..potong...

nom..nom...khusyuk makang ikang 

makan pun mesti berjemaah..ijtima'i amal kan

timung cina pom ade



giliran mereka pulak ikram orang tempatan..siap head lamp lg tuuu

mereka2 yang syahid

baru sampai airport

penumpang saje daa

proses check in di kaunter..(mcm mn dah boleh masuk dalam ni..hehe)

menanti dengan penuh sabar

tengah muzakarah untuk usaha mereka2 dlm gambar tu..rekaan semata-mata

Semoga pengorbanan mereka sebagai golongan muhajir & kami sebagai orang ansar mendapat redha Allah dan menjadi asbab hidayat seluruh alam..aminnnn

Wassalam

Sunday, May 2, 2010

Jemaah Palestin


Assalamu'alaikum warohmatullah wabarokatuh..

alhamdulillah, bermula semalam hingga esok pagi jemaah dari Palestin akan berada di mohalah ana..esok pagi mereka akan naik flight ke KLIA & petang nya ke Indonesia..

insyaAllah karguzari nanti

Wassalam