Jangan ikut selagi tak ada niat nak ikut Rasulullah & para sahabat

Tuesday, January 4, 2011

5 Bulan MIB Bah. 1


Bergeraknya dari Terengganu 24 Sya'ban yg lalu ke Sri Petaling bersama-sama 3 orang lagi sahabat dengan niat untuk keluar di jalan Allah SWT pd 15 Sya'ban. Sesampainya di markaz 1 orang sahabat telah pn mendapat jemaah unuk keluar selama 40 hr. Sementara kami yg lain terus menguruskan pasport untuk mendapatkan visa India dgn khidmat org tanggungjawab markaz. Kami fikir cepat & mudahnya urusan nk dpt visa.

Namun setelah 3-4 hr menunggu, jawapan dr ejen yg digunakan xmenyedapkan hati. Beberapa kali kami diminta untuk mengisi semula borang visa. Ada masanya kena tukar nama hotel, tukar gambar dan semua kami diminta untuk sediakan bank statement bersama dgn borang. Masa  nk buat visa ni pn da mcm2 dugaan.

Bila da selesai semua urusan tu, tunggu lagi 3-4 hr. Dapat pulak berita katanya embassy India ketatkan kemasukan foreign pd bulan 8 sebab India punya National Day tengah bulan tu. Masa ni, kami telah di postmortem oleh syura apa 'amalan yg telah dibuat sementara menunggu urusan visa ni. Jadi mereka taghrib untuk jaga ijtima'i 'amal markaz  & juga infradi 'amal supaya hanya tawajjuh dgn 'amal kerana bukan visa yg keluarkan kita, bukan duit yg keluarkan kita, bukan cuti yg keluarkan kita, tetapi hanya sesungguhnya Allah SWT lah yg keluarkan seseorang itu.

Ejen tu janji untuk bg jwpn dlm 10 hr lg & kami dan beberapa orang lg yg dtg dr serata Malaysia telah diputuskan untuk keluar di sekitar KL dulu utk 10 hr. Jemaah dibentuk & route yg diputuskan adalah Setapak. Maka keluarlah kami di sana dgn bermacam2 kisah. Satu org lama telah bgtahu bilamana kita keluar di jalan Allah SWT , maka kita akan jumpa dengan 3 macam org. Pertama, orang mcm Abu Talib; dia ni suka pada usaha tp dia xsedia untuk turut serta dalam usaha. Kedua, orang macam Umar r.a; mula2 dia ni akan menentang usaha, tapi akhirnya dia akan bersama dlm usaha. Ketiga, orang mcm Abu Jahal; dia ni menentang usaha & dia sediakan org lain untuk menentang usaha. Mintalah dijauhkan dari golongan orang ketiga ini kerana apabila dia menentang usaha, maka dia menentang Allah SWT.

Dah habis taskil di Setapak, balik la semula ke markaz dgn harapan ada berita baik. Sehari 2 lepas tu diberitahu lg yg problem pulak dgn ejen tu. Last2 tukar ejen lain la utk mengelakkan rosaknya amalan kami. Tp yg bgusnya syura taghrib lg kami supaya periksa blk 'amal kami. Tawajjuh lbeh lg. Ada di antara kami yg buat gasht di sekitar Sri Petaling tu & dakwah kn yg bkn visa yg keluar kn kami. Orang yg dijumpa pn pelik. Memang la pelik sebab usaha agama itu sendiri adalah utk org yg buat usaha itu sendiri. Maka apa yg dicakap pn mst la utk diri sendiri. Mau buang yakin yg bkn visa yg keluarkan, hanya Allah lah zat yg keluarkan kami.

Ada juga org2 lama nasihat 'amalan2 yg perlu diperbanyakkan untuk memudahkan kita keluar & kami dapati kami kurang 1 'amalan iaitu sedekah. Bila kami mula bersedekah dgn memberi makan orang berbuka puasa, bg sedekah pd kanak2, Allah SWT tunjukkan kesannya. Sikit2 dari kami mula dpt visa. Alhamdulillah, ada di antara kami yg dpt visa 3 bln & ada yg sebulan. Dgn segera jemaah dibentuk untuk diterbangkan ke benua Hind.

Bersambung Bah. 2.....

5 comments:

Unknown on January 5, 2011 at 9:41 PM said...

Salam,kisah jemaah saya yang meninggal di Markaz masjid Nizhamuddin,telah siap.
Harap sudi-sudilah membacanya.Semoga mendapat iktibar dari kisah tersebut.Terima kasih.

Alfarisi on January 5, 2011 at 9:51 PM said...

wslm, jazakAllah tuan..

fuad ansari on January 12, 2011 at 2:11 AM said...
This comment has been removed by the author.
fuad ansari on January 12, 2011 at 2:13 AM said...

kita akan jumpa 3 macam orang bila keluar jalan Allah.... abu mutalib ke abu talib?? sebab Abu Talib yang sangat sayang kepada Nabi saw walaupun Abu Talib tidak sedia untuk masuk Islam... (",)

Alfarisi on January 12, 2011 at 8:05 AM said...

jazakAllah tuan..maaf di atas kelemahan diri ini..yg sbenarnya adalah Abu Talib..akan diperbetulkan insyaAllah