Jangan ikut selagi tak ada niat nak ikut Rasulullah & para sahabat

Tuesday, January 11, 2011

5 Bulan MIB Bah. 2


Alhamdulillah, di akhir2 bln ogos tu dpt la visa ke India. Ana pny visa plng suspen daa. Tak tahu lg bpe lame dpt tp da beli tket. Sbb btol2 nk segera kn pergerakan jemaah yg rmai lg tertangguh di markaz masa tu. Semangat berkobar2 nk smp Nizamuddin walaupun masa tu dah masuk 10 akhir Ramadhan. Beberapa hari sebelum kami berangkat, ada 1 org dr ahli jemaah Pakistan yg keluar disekitar KL syahid. Di uruskan jenazah dgn sepenuhnya oleh pihak Markaz sehingga lah pengebumiannya.

Ana diputuskan utk pergi sama2 dgn 2 org lagi sahabat yg dpt visa 3 bulan. Sekali ana pny visa dpt 1 bulan je. Alhamdulillah juga. Perjalanan kami ke LCCT diuruskan oleh Allahyarham Hj. Roslan jemaah taskil KL yg mn kami dgr Allahyarham dah syahid semasa taskil terakhir kami di Bangladesh. Sempat la kami berkenalan & berborak dgn Allahyarham. Kebetulan hari flight kami tu ada seorang org Malaysia syahid di Nizamuddin, Hj. Azhar KL. Diorang kenal pulak antara 1 sama lain. Dia sempat la ckp yg Allahyarham Hj. Azhar ni memang niat nak mati di jalan Allah. Tgk2 Allah pn terima dia sekali. Moga2 Engkau terima juga kami utk syahid di jalan Mu ya Allah...Aminnn

Sepanjang perjalanan, alhamdulillah tiada sebarang masalah. Cuma dugaan pertama yg kami dpt tu mmg menguji keimanan btol...dasattt. Semoga kau mendapat hidayah wahai stewardess Air Asia...aminn (kwn aku mimpi kau dah dpt hidayah..moga2 btol la ye)

[tak boleh lbeh2 part ni..nnt pjg terlebih pulak karghuzarinya..infradi2 la..hehe]

Sesampai di Nizamuddin, terus kami di bawa ke istiqbal foreign & jmp la ahli jemaah kami yg terpisah dulu sbb diorng dpt visa awal. Ketaranya muka2 org asia tenggara esp nye, semuanya berminyak kerana cuaca di India masa tu musim panas. Tapi tu pn dah hujung2 musim panas. Memang terasa panasnya. Walaupun begitu, kesan rohaniat Nizamuddin tak terjejas tak kira musim panas ke, musim sejuk ke, musim buah ke (India mana ada musim buah daa..). Masa bulan Ramadhan ni, setiap malam Maulana Saad & Maulana Zubir akan buat 'open room' utk foreign. Alhamdulillah ana sempat la beberapa kali pergi ziarah mereka & sempat sekali bermusafahah dgn Maulana Saad. Walaupun sibuk dgn urusan kerja agama, mereka lapang kn masa utk bersama dgn org2 kebiasaan mcm kami, baca surat2 yg dtg nya dari seluruh pelusuk dunia & menjawab soalan2 org yg ziarah mereka. Cuma sekarang org Arab mmg dpt kelebihan utama bila jmp mereka2 ni. Lagipun Nizamuddin sekarang memang byk ikram org2 Arab sementara menunggu 'ia' dikembalikan ke tanah Hijjaz.

Bermukim lah beberapa hari kami di Nizamuddin mendengar nasihat2, bayan2 elders sementara menunggu jemaah dibentuk. Jemaah utk taskil kurang lebih 20 hr dibentuk & tempat taskil kami di New Delhi sahaja, kawasan nama nya Jamunapar. Ada beberapa org Malaysia, beberapa org Indonesia & 1 org ulama' keluar setahun dr Singapore. Keluar di sini memang byk belajar tertib & cara usaha. Belajar mcm mn diorang buat dakwah, ta'lim, istiqbal (DTI), mcm mn diorang buat taskili & usulli khususnya. Bila mula2 taskil tu mcm biasa la seperti yg di ceritakan oleh org2 lama. Ramai lah antara kami yg kena kaffarah. Ada yg muntah2, demam2, berak2 dsb. Walaupun begitu, semua masih lagi belum diterima oleh Allah utk syahid di jalan-Nya. Beraya lah kami dengan seadanya di sana. Kami orang Malaysia & Indonesia buat takbir style kita lah dlm jemaah ni. Bolehlah sekadar untuk mengubat kerinduan.

Pulanglah kami semua dgn selamatnya di Nizamuddin. Jadi, banyak la belajar keluar dengan jemaah ni. Ada 4 orang 'alim pulak tu. Bila keluar dengan org2 'alim ni, adalah baik buruk nya. Pastinya yang baik dijadikan panduan & yang buruk dijadikan teladan. Hujung bulan 9 tu, berlepaslah kami ke Bangladesh naik biman.

p/s; rupa2 nya Biman Airlines tu diambil dari bahasa Bangla, biman = kapal terbang

Bersambung Bah. 3 insyaAllah.....

0 comments: