Jangan ikut selagi tak ada niat nak ikut Rasulullah & para sahabat

Friday, January 28, 2011

5 Bulan MIB Bah. 3




Karghuzari keluar di Bangladesh ni delay sikit sebab Bangladesh nye Biman pasti selalu delay. Hari tu dah kena. Mula2 diberitahu delay 8 jam. Sabor je la yop. Nasib baik Allah SWT ikram jadi 4 jam je, alhamdulillah.

Jadi.....keluar di Bangla ni lah masa paling panjang. Keseluruhannya keluar di sana atas sikit level nye daripada keluar di Malaysia. Lebih pun sebab usaha di sana dah umumiat. Tapi ikram mereka memang takde siapa boleh lawan lagi la setakat ni. Memang memuliakan tetamu betul lah. "mehman...mehman..." Tagline yang diorang guna bila ikram jemaah foreign. Err...tagline sama lah juga kitorang guna bila bargain nak beli barang..ngeh3

Alhamdulillah, taskil pertama kitorang dapat 1 jemaah complete orang Malaysia je & dapat pula route kawasan kampung. Mula2 masa nak diputuskan pergi kawasan kampung ni, habis-habisan jemaah taskil diorang pujuk takut2 kitorang tak sedia bermujahadah di kawasan kampung. Tapi kitorang jawab je "Kami sedia keluar di mana2 & dengan siapa2 sahaja". Hakikat nya bila sampai di route taskil takde la mujahadah mana kot. Kalau orang yg tinggal di kampung kat Malaysia ni boleh terima lagi lah setakat nak minum air pam, mandi 'swimming pool' diorang tu. Masuk pulak masjid yg tak pernah sampai jemaah foreign. Kitorang lah jemaah foreign 1st masuk situ. Memang ceruk habis. Yang best nye keluar di kawasan kampung ni kitorang dapat buat usaha dengan baik walaupun  tak sesempurna mana. Sebab nya orang kampung dapat bagi masa & tak terganggu dengan waktu kerja. Almaklum lah kerja di kampung. Rata2 nya bercucuk tanam je. Boleh la praktik kan taskili, usulli yg di belajar semasa di India dulu. Orang2 kampung ni pulak hati mereka lembut, mohabbat, kasih sayang. Dapat buat hubungan yg baik la dengan mereka. Sehinggakan bila kitorang pindah ke masjid selepas nya, orang2 dari masjid tu datang ziarah kitorang naik 2 nosimon tuuu. Nosimon adalah sejenis pengangkutan awam di kawasan pedalaman Bangla & semua dia boleh angkut..haha. Kalau orang naik boleh muat sampai 10-15 orang. (Pernah sekali tengok ramai budak2 naik nosimon & budak2 yg di tengah nye berdiri sambil buat havoc. Kalau macam ni punya naik, boleh sampai 25 orang..hoho)


Rindu mau naik itu nosimon bhai

Memang takluk betul lah hati diorang ni dengan orang Malaysia. Lebih2 lagi diorang yg pernah kerja di Malaysia dulu. Diorang cakap la orang Malaysia ni lemah lembut. Ada tu cakap diorang rindu Malaysia & rasa macam nak pergi lagi. Paling dasat, ade sorang ahli jemaah kitorang jumpa sorang mamat Bangla ni kat pasar. Tahu apa dia cakap "I love you. Sebab awak orang Malaysia"..seb baik tak kono kat den ni ha..kalo tak, ado yg makan polompang biso tangan den ni..haha.

Taskil kedua pulak paling berharga lah pengalaman nya. Jemaah kitorang yg taskil pertama tadi diminta berpecah dan 3 orang dari jemaah ni termasuk ana kena masuk jemaah English speaking brothers. Ahli jemaahnya semua sekali 14 orang, 3 dari Malaysia, 3 dari Australia, 2 dari Philippines, 1 dari America, 1 dari New Zealand , 1 dari Nepal, 1 dari UK & 2 dari Bangla. Kitorang orang Malaysia panggil jemaah ni jemaah 7 petala langit, 7 petala bumi disebabkan ahlinya dari 7 negara foreign & yg paling sesuai sebab macam2 perangai, karenah, masalah dll. Kalau dah dari merata2 tempat ni, memang macam2 hal..huhu. Amirsab nya orang Malaysia & beliau ni orang lama dalam usaha. Antara awwalin dulu la. Alhamdulillah, beliau pandai handle jemaah mcm ni & takde lah ahli jemaah yg pecah hati sampai habis taskil. Tapi gaduh2 kecil biasa la. Bukan gaduh apa pn, keluar dari mulut je pedas sikit tapi hati baik2 je. Salah 1 orang Malaysia tu baru faham yg sebelum dia keluar ni dia pelik dengar cerita yg orang keluar IPB gaduh2. Hah, keluar dengan jemaah macam ni baru dia tahu. Yang tak dapat dilupakan dengan dia ni ada 1 kesah kami tersesat, tak jumpa masjid seterusnya. Di tempat taskil kedua ni kawasan pinggir bandar. Pengangkutan utama kami untuk pindah route naik rickshaw.

Rickshaw pilot bersama rickshaw nya. Rickshaw pilot pn ada janggut kat sana..bagus, bagus

Untuk berpindah ke masjid seterusnya, orang tempatan telah mengumpulkan beberapa rickshaw untuk jemaah berpindah. Kitorang dah pilih rickshaw paling belakang & sebelum naik rickshaw tu sempat kitorang tanya rickshaw pilot kenal tak masjid kitorang nak pergi tu. Diangguk kepalanya dengan confident. Kitorang letak beg2 di bahagian belakang tempat duduk. Tengah2 perjalanan, beg2 tu jatuh & kitorang terpecah dengan jemaah yang dah bergerak terus pergi masjid tu. Last2, terus sesat. Dicakap pulak tak tahu mana masjid tu. Perghhh, sabo je la. Sahabat yg sorang ni tiba2 hilang sabo. Mamat ni dah la samseng dulu. Habis lah si pilot ni kena marah. Tanya orang2 sekitar, diorang cakap kat Dhaka sana. Huh, nak kitorang balik Kakrail terus ke apa. Alhamdulillah la, tak lama lepas tu terjumpa 1 orang tempatan yg selalu nusrah jemaah kami. Selamat sampai juga kami akhirnya. Kalau nak diceritakan pengalaman2 dalam jemaah ni memang panjang tak terkira la. Kesimpulan nya bila keluar dalam jemaah ni, baru lah tersedar kenapa elders2 mintak orang2 Malaysia keluar serata dunia. Hakikatnya bukan sebab passport kita diterima sahaja, tapi ada perkara dalaman yg elders kita nampak kelebihan untuk orang Malaysia. Jadi, nasihat untuk mereka yg belum ke Bangla lagi, bersedialah untuk keluar dengan siapa2 sahaja. Niat belajar usaha bersama2 orang dari negara lain. Untuk yg dah ke IPB, niat lah untuk ke serata alam. Penuhi taqaza2 seluruh alam insyaAllah......

Balik dari takil ke-2, sempat taskil pendek beberapa hari & pergi ke Jor Puranashati (orang lama) di Tongi. Alhamdulillah, walaupun  tak sempat nak pergi ijtima' Tongi tapi Allah SWT qabul utk pergi tapak dia. Masa jor ni pn lebih dari suku tapak medan dibuka. Dengar katanya kurang lebih 200,000 orang hadir, subhanAllah. Habis jor, kitorang terus ditaskil dari tapak jor untuk taskil terakhir. Dapat route kat utara Bangla. Orang kata, masa jemaah pergi bulan 8-9 dulu pun dah sejuk kat sana. Masa nak pergi tu pun dah mula musim sejuk kat tongi. Sampai kat tempat taskil tu, perghhh..memang benar lah kata2 mereka. Sejuk nya, mashaAllah. Tapi tu pun baru mula musim sejuk. Taskil last ni mujahadah nya cuaca lah & 1 lagi mujahadah dalam jemaah. Keseluruhannya taskil di Bangla sekarang ni kurang mujahadah kemudahan, tapi paling mujahadah adalah dalam jemaah. Bagaimana nak 1 kan hati2 dlm jemaah, nak 1 kan fikir semua orang.  Taskil ni pulak jemaah nya orang Malaysia semua & majoriti orang muda je. Dua orang je berumur sikit. Amirsab pn org muda, sehinggakan ada yg kena halau balik. Biasalah, darah muda..hoho

Sampailah hujung bulan 12, tibalah masa flight kami balik Malaysia. Alhamdulillah, semuanya selamat sampai dengan bekalan iman masing2. Sampaikan bekalan beg pun bertambah. Orang cakap, beg bertambah nak isi iman bawak balik..haha

6 comments:

umu6point on January 28, 2011 at 2:09 PM said...

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..selesai menghadam 3 rangkaian karkuzari tuan.. Jazakallah sudi berkogsi. ada sambungannya lagi?? ~ sangat teruja nak tahu lagi dan lagi..hoho

karguzaridakwahiman on January 28, 2011 at 3:02 PM said...
This comment has been removed by the author.
karguzaridakwahiman on January 28, 2011 at 4:39 PM said...

salam,

pengalaman berharga di kebun2 syurga. tetap istiqomah, Insya'Allah.

Alfarisi on January 28, 2011 at 11:13 PM said...

@puan umu; Wa'alaikumussalam..bajet utk sambungan filem dah habis..tp bajet utk drama2 pendek mgkn ade insyaAllah

@karguzaridakwahiman; Wa'alaikumussalam..sama2 doakan Allah pilih kita lagi & lagi untuk berada di kebun2 syurga sehingga kita tiada lagi

fuad ansari on February 1, 2011 at 4:12 PM said...

Seronok baca kisah tuan gi sana.. Moga Allah terus pilih tuan untuk buat usaha agama.. Doakan saya juga.. (",)

Alfarisi on February 2, 2011 at 12:13 AM said...

sedap tengok orang makan..tapi nak betul2 rasa sedap ke tak kena la makan jugak..hehe..aminnn...insyaAllah