Jangan ikut selagi tak ada niat nak ikut Rasulullah & para sahabat

Wednesday, February 23, 2011

Bukan Bisu, Tapi Pekak...


Minggu lepas, jemaah bisu...eh bukan, pekak, dari Pakistan telah keluar di kawasan Kuala Terengganu & pada hari terakhir jemaah ni kat sini jor bisu/pekak telah diadakan.

Walaupun bilangan yang terkumpul takde lah seramai konsert Jom Heboh, tapi tercapai lah apa yang dikehendaki.

Antara maghrib & isyak kesemua mereka dikumpulkan untuk muzakarah bersama jemaah & rakan-rakan seusaha yang lain mendengar majlis ilmu yang telah menjadi program mingguan di masjid tu.

Selepas isyak, bayan telah dilakukan oleh jemaah bisu dari pakistan tersebut. Kali pertama dengar tengok bayan orang bisu dalam bahasa isyarat. Bayan paling senyap di alam semesta. Rupa-rupanya nya bahasa isyarat ni bahasa international. Tapi hari tu, pembayan telah diterjemahkan dalam bahasa urdu terlebih dahulu sebelum ke bahasa melayu sebab orang-orang Pakistan di kawasan sekitar juga di bawa ke jor tersebut.

Selesai bayan, apa lagi taskil la...Lepas taskil pulak, orang tanggungjawab untuk usaha atas orang bisu bagi markaz Kuala Terengganu telah bagi karguzari mengenai muzakarah antara mereka tadi. Katanya secara khusus, orang-orang bisu/pekak di Terengganu, amnya Malaysia sendiri mempunyai aqidah yang salah. Kesemua mereka mengatakan bahawa Allah itu lelaki dan Muhammad itu perempuan & mereka berkahwin (sambil tunjuk tulisan Allah & Muhammad yang biasa ada dinding hadapan masjid). Katanya lagi, mereka ni nama je islam tapi aqidah salah. Siapa harus bertanggungjawab?...saya lah tu..huhu

Ada yang mengatakan bahawa kesalahfahaman mereka datang dari bahasa isyarat yang mereka belajar itu sendiri. Maksudnya, dari manakah datangnya bahasa isyarat itu?..bukankah dari non-muslim?..saya pun tak tahu..huhu. Ada juga yang mengatakan sebabnya adalah kerana tulisan Allah & Muhammad itu dianggap seperti gambar-gambar agong dan permaisurinya, perdana menteri dan isterinya....hmmmm

Mesyuarat markaz baru-baru ni telah membangkitkan taqaza ni & ada iklan untuk mereka yang normal untuk belajar bahasa isyarat. InsyaAllah, saya azam untuk menambahkan lagi ilmu bahasa isyarat ni. Sekarang ni tahu bagi salam dan jawab salam je..hehe

p/s: orang bisu tak suka mereka dipanggil bisu, tapi panggil lah mereka pekak..got it?

Wassalam




Friday, February 11, 2011

Tahu tak?...


Tajuk khutbah jumaat kat masjid marhalah aku hari ni berkisah pasal Maulidur Rasul yang akan tiba tak lama lagi dan aku rasa rata-rata masjid lain pun mengkhutbahkan perkara yang sama..

.
.
.
.
.
(khusyuk mendengar)
.
.
.
.
.
(Oh, tiba-tiba teringat 1 kisah masa belajar kat u dulu)
.
.
.
.
.
.
('khusyukkan' lagi mendengar khutbah walaupun kisah tu terngiang-ngiang dengan kuatnya)
.
.
.
.
.
Selesai khutbah, terus solat. Habis solat, tok imam buat pengumuman mintak semua ahli jemaah bangun dan selawat beramai-ramai sempena Maulidur Rasul. errr...aku pn dengan selambe nya duduk menghabiskan 'amalan-'amalan yang telah termaktub dalam hadith sambil diorang beramai-ramai berselawat. Oh, '1 kisah masa belajar kat u dulu' terngiang-ngiang dengan lebih kuat lagi..


Kisah nya bermula apabila aku dan Arip (bukan nama sebenar) balik dari surau kolej a.k.a marhalah kami selepas solat isyak...

ko pegi mana tadi?

aku pun jawab...ada taqaza tadi..kenapa?

Tadi antara maghrib-isyak diorang buat majlis selawat qasidah burdah...

Ooo...malas nak mengulas panjang sebab sebelum ni pun aku pernah duduk dalam majlis tu jugak

Tadi diorang taskil aku main kompang tapi aku tak sedia la..malas aku

Ye ke?!...sedikit terkejut sebab ada peningkatan. Sebelum ni takde kompang.


Minggu depan diorang buat lagi. Setiap minggu la tu kot. Diorang suruh ajak ramai-ramai.

InsyaAllah...dengan niat kalau takde taqaza aku join. Sebab masa antara maghrib-isyak tu 'amalan khususi marhalah aku

[dialog telah di edit oleh penaip kerana penaip telah lupa dialog sebenar]

Dan dalam masa keluar safar ke tanah hind yang lalu aku telah dapat jawapan nya. Bahawasanya menyukai, mencintai, mengagungkan Baginda S.A.W tidak cukup, tidak cukup, sekali lagi, tidak cukup dengan tidak melakukan apa yang Rasulullah S.A.W telah buat, telah susah payahkan. Malah lebih teruk lagi, perkara lain yang di buat tu sama je macam apa yang telah Abu Talib, paman Rasulullah S.A.W buat dulu. Ah, korang pun tahu kisah dia. Ada yang lebih tahu dari aku lagi. Tak payah susah-susah aku taip panjang-panjang. Faham-fahamkan lah ya. Jangan lupa juga doa mintak kefahaman sebenar dari Allah S.W.T kerana faham pun datang dari Allah Ta'ala.

[sekali lagi penaip telah lupa daripada mana telah dapat jawapan ni kerana penaip lupa nak catit daripada siapa & penaip memang pelupa]


p/s: mintak doakan si 'pelupa' sorang ni ya..JazakAllah