Jangan ikut selagi tak ada niat nak ikut Rasulullah & para sahabat

Friday, February 11, 2011

Tahu tak?...


Tajuk khutbah jumaat kat masjid marhalah aku hari ni berkisah pasal Maulidur Rasul yang akan tiba tak lama lagi dan aku rasa rata-rata masjid lain pun mengkhutbahkan perkara yang sama..

.
.
.
.
.
(khusyuk mendengar)
.
.
.
.
.
(Oh, tiba-tiba teringat 1 kisah masa belajar kat u dulu)
.
.
.
.
.
.
('khusyukkan' lagi mendengar khutbah walaupun kisah tu terngiang-ngiang dengan kuatnya)
.
.
.
.
.
Selesai khutbah, terus solat. Habis solat, tok imam buat pengumuman mintak semua ahli jemaah bangun dan selawat beramai-ramai sempena Maulidur Rasul. errr...aku pn dengan selambe nya duduk menghabiskan 'amalan-'amalan yang telah termaktub dalam hadith sambil diorang beramai-ramai berselawat. Oh, '1 kisah masa belajar kat u dulu' terngiang-ngiang dengan lebih kuat lagi..


Kisah nya bermula apabila aku dan Arip (bukan nama sebenar) balik dari surau kolej a.k.a marhalah kami selepas solat isyak...

ko pegi mana tadi?

aku pun jawab...ada taqaza tadi..kenapa?

Tadi antara maghrib-isyak diorang buat majlis selawat qasidah burdah...

Ooo...malas nak mengulas panjang sebab sebelum ni pun aku pernah duduk dalam majlis tu jugak

Tadi diorang taskil aku main kompang tapi aku tak sedia la..malas aku

Ye ke?!...sedikit terkejut sebab ada peningkatan. Sebelum ni takde kompang.


Minggu depan diorang buat lagi. Setiap minggu la tu kot. Diorang suruh ajak ramai-ramai.

InsyaAllah...dengan niat kalau takde taqaza aku join. Sebab masa antara maghrib-isyak tu 'amalan khususi marhalah aku

[dialog telah di edit oleh penaip kerana penaip telah lupa dialog sebenar]

Dan dalam masa keluar safar ke tanah hind yang lalu aku telah dapat jawapan nya. Bahawasanya menyukai, mencintai, mengagungkan Baginda S.A.W tidak cukup, tidak cukup, sekali lagi, tidak cukup dengan tidak melakukan apa yang Rasulullah S.A.W telah buat, telah susah payahkan. Malah lebih teruk lagi, perkara lain yang di buat tu sama je macam apa yang telah Abu Talib, paman Rasulullah S.A.W buat dulu. Ah, korang pun tahu kisah dia. Ada yang lebih tahu dari aku lagi. Tak payah susah-susah aku taip panjang-panjang. Faham-fahamkan lah ya. Jangan lupa juga doa mintak kefahaman sebenar dari Allah S.W.T kerana faham pun datang dari Allah Ta'ala.

[sekali lagi penaip telah lupa daripada mana telah dapat jawapan ni kerana penaip lupa nak catit daripada siapa & penaip memang pelupa]


p/s: mintak doakan si 'pelupa' sorang ni ya..JazakAllah 

3 comments:

Ummi Nur Syakirin (ahliaHerman) on February 12, 2011 at 7:18 AM said...

adat...common thing happens around da world...huhu

may that common thing is this usaha agama...amien~

doakan saya dapat kefahaman yang benar jugak.jazakAllah..

Ummi Nur Syakirin (ahliaHerman) on February 12, 2011 at 7:19 AM said...

eh terlupa pulak..

assalamualaikum...

(saya pun pelupa jugak.huhu..)

Alfarisi on February 23, 2011 at 3:48 PM said...

wa'alaikumussalam...

yup, aminnn..aminnn...

biasalah tu, insan tu sendiri maksudny pelupa..tapi janganlah biasakan macam tu, boleh nyanyuk tua nnt..huhu