Jangan ikut selagi tak ada niat nak ikut Rasulullah & para sahabat

Friday, July 8, 2011

TAWARAN HEBAT!!!


Abdullah ibn 'Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Islam tertegak di atas lima rukun iaitu bersaksi bahawasanya tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah hamba-Nya serta rasul-Nya; mendirikan solat; membayar zakat; mengejarkan haji dan puasa di bulan Ramadhan,"

Rasulullah SAW mengibaratkan agama Islam sebagai sebuah khemah yang disokong oleh lima batang tiang. Tiang tengahnya ialah kalimah syahadah . Empat tiang lagi itu adalah tiang-tiang sokongan iaitu satu tiang pada tiap satu penjuru khemah tersebut. Tanpa tiang tengah maka khemah itu tidak boleh ditegakkan dan sekiranya mana-mana dari salah satu tiang sokongan yang di penjuru itu hilang maka akibatnya runtuhlah penjuru khemah yang rosak itu. 

Mungkin ada yang pernah mendengar keluhan-keluhan seperti ini "eh, saya dah sembahyang..blum cukup lagi ke???..". "Pakcik dah 99 kali pergi haji. Bulan 11 nanti cukuplah seratus kali. Nak tambah apa lagi...". "Minggu lepas dah bayar zakat..emmm, tadi baru lepas sembahyang..bulan depan nak puasa..bulan 11 nanti nak pergi haji bawak pakcik aku tu....dah ok la kot..."

Ok..ok.....Mungkin orang-orang macam ni tak pernah pergi berkhemah kot. Eh, orang yang pergi haji tu???...Rasanya mereka ni tak perasan yang mereka pada masa tu tengah duk dalam khemah. Sebab keadaan khemah yang hampir sempurna. Dah macam dalam rumah. "Ooo..memang la pakcik tak perasan. Duk sibuk buat ibadat masa tu nak oi...". Baguih la kalau macam tu pakcik.....

Rasa-rasanya cukup sempurna ke kalau khemah dengan hanya 5 tiang je??... Kalau rasa tak cukup, sempurnakanlah dengan benda-benda yang diperlukan bersesuaian dengan matlamat, tujuan & maksudnya. Apakah maksud umat ini dihantar?..ke manakah tujuan kehidupan kita di atas dunia ni?...apakah matlamat kehidupan yang sebenar nanti?...

Tepuk dada, tanyalah iman.....

Nak khemah yang ni ke, ataupun ...

Khemah yang interior design nye macam ni...

Ok, tawaran masih terbuka sehingga sebelum nyawa sampai ke kerongkong..cepat..cepat.....jangan terlambat!!!

p/s: kalau rasa nak window shopping pun boleh..tapi minta maaf la sebab bersawang sket ye



Tuesday, April 26, 2011

Allah Maha Kuasa, makhluk gila kuasa


Assalamu'alaikum..ooo assalamu'alaikum...

Wa'alaikumussalam..hah, jemputlah jemput..masuk, masuk...

Tuan blog ni mana?..

Err, saya lah orang nya..kenapa tuan?

Ni kenapa blog awak teruk sangat ni?!..bukan setakat bersawang, siap berkulat, fungus, hingus...kalau nak di ikutkan keadannya ni, macam ditinggalkan 40 hari je...

Maaf la sheikh, harap2 tak berjangkit..keluar 40 hari belum lagi..tapi offer dunia banyak datang sheikh..

Owh, bagus la tu..ramai yang tertunggu tu..ada offer baik?

Macam2 la sheikh..ada offer projek tu la, projek ni la..projek 'bina masjid' pun ada...

Hah, bagus sangat la kalau macam tu..projek mega semua nya..tapi apa pasal tuan macam tak beria je ni??

Tak tahu la sheikh..rasa tak sedap hati la bila dunia datang..mungkin bagi orang lain tu rezeki, rahmat..tapi bila datang je dunia macam ni, habis taqaza agama terbengkalai..kena jawab pulak kat mahkamah sana nanti..

Baguslah tuan ada fikir macam tu..kalau nak tambah fikir lagi, jom ikut ziarah..tapi bukan kat sini la, lorong  ke lorong, rumah ke rumah..amacam?

InsyaAllah, saya azam.

Dunia yang fana'!

p/s; Selamat menziarah bagi yang buat usaha ziarah sahaja...

Wednesday, February 23, 2011

Bukan Bisu, Tapi Pekak...


Minggu lepas, jemaah bisu...eh bukan, pekak, dari Pakistan telah keluar di kawasan Kuala Terengganu & pada hari terakhir jemaah ni kat sini jor bisu/pekak telah diadakan.

Walaupun bilangan yang terkumpul takde lah seramai konsert Jom Heboh, tapi tercapai lah apa yang dikehendaki.

Antara maghrib & isyak kesemua mereka dikumpulkan untuk muzakarah bersama jemaah & rakan-rakan seusaha yang lain mendengar majlis ilmu yang telah menjadi program mingguan di masjid tu.

Selepas isyak, bayan telah dilakukan oleh jemaah bisu dari pakistan tersebut. Kali pertama dengar tengok bayan orang bisu dalam bahasa isyarat. Bayan paling senyap di alam semesta. Rupa-rupanya nya bahasa isyarat ni bahasa international. Tapi hari tu, pembayan telah diterjemahkan dalam bahasa urdu terlebih dahulu sebelum ke bahasa melayu sebab orang-orang Pakistan di kawasan sekitar juga di bawa ke jor tersebut.

Selesai bayan, apa lagi taskil la...Lepas taskil pulak, orang tanggungjawab untuk usaha atas orang bisu bagi markaz Kuala Terengganu telah bagi karguzari mengenai muzakarah antara mereka tadi. Katanya secara khusus, orang-orang bisu/pekak di Terengganu, amnya Malaysia sendiri mempunyai aqidah yang salah. Kesemua mereka mengatakan bahawa Allah itu lelaki dan Muhammad itu perempuan & mereka berkahwin (sambil tunjuk tulisan Allah & Muhammad yang biasa ada dinding hadapan masjid). Katanya lagi, mereka ni nama je islam tapi aqidah salah. Siapa harus bertanggungjawab?...saya lah tu..huhu

Ada yang mengatakan bahawa kesalahfahaman mereka datang dari bahasa isyarat yang mereka belajar itu sendiri. Maksudnya, dari manakah datangnya bahasa isyarat itu?..bukankah dari non-muslim?..saya pun tak tahu..huhu. Ada juga yang mengatakan sebabnya adalah kerana tulisan Allah & Muhammad itu dianggap seperti gambar-gambar agong dan permaisurinya, perdana menteri dan isterinya....hmmmm

Mesyuarat markaz baru-baru ni telah membangkitkan taqaza ni & ada iklan untuk mereka yang normal untuk belajar bahasa isyarat. InsyaAllah, saya azam untuk menambahkan lagi ilmu bahasa isyarat ni. Sekarang ni tahu bagi salam dan jawab salam je..hehe

p/s: orang bisu tak suka mereka dipanggil bisu, tapi panggil lah mereka pekak..got it?

Wassalam