Jangan ikut selagi tak ada niat nak ikut Rasulullah & para sahabat

Tuesday, June 22, 2010

Pulang Dari Perhimpunan Orang Islam


Assalamu'alaikum warohmatullah wabarokatuh...

Alhamdulillah, baru balik dari perhimpunan orang islam (ijtima') zon timur di Besut, Terengganu..lepas tu datang semula ke JB selesai kan keperluan & terus ke ijtima' zon selatan di Merlimau, Melaka semalam..

Persamaan kedua-dua ijtima', malam nya Allah SWT telah turunkan hujan rahmat..Allahuakbar

Astarfighullahal'azim...istighfar banyak2..patut nya takde istilah pulang lepas ijtima' ni..azam untuk keluar terus selepas ijtima'..tp keperluan dunia yang menghalang..insyaAllah, minggu depan jalan terus untuk keluar 4 bulan IPB..

Semoga didoakan ana yang lemah ni untuk keluar nanti..

Jazakumullah

Friday, June 4, 2010

Kesiannya...


Assalamu’alaikum warohmatullah wabarokatuh...

Memang kesian la dengan apa yang jadi sekarang..tapi aku lagi kesian dengan apa yang berlaku kat orang sekeliling nya..aduhhh, kesian la..yang duk jerit2, pekik2 tu semua tu bukannya orang sembarangan..bukannya mat2 rempit yang sekolah tak habis tu..bukannya mat2 pit yang duk kat bawah jambatan tu..diorang ni apetah lagi kesiannya..tapi diorang tu kurang2 ade masuk u kot..ilmu tinggi2..duk kat rumah besar2 kot..

Tapi kesian la..diorang tak faham..asbab kelemahan kurang nya saya buat usaha..kurang nya saya korban..maka Allah tak bagi mereka faham..istighfar byk2 la wahai manusia..betul la orang kata, mereka yang paling faham tentang kita adalah musuh kita..dan makhluk yang paling faham tentang agama ni adalah syaitan laknatullah..syaitan ni nama sebenar nya adalah azazil (yang paling bijaksana,perkasa)..dan ni pulak orang duk kata yahudi musuh kita..kesian2..hah, tgk ni..tgk2..emo la pulak


Nak faham, korban lagi dan lagi sampai tiada lagi..

p/s: jangan salah korban, nanti jadi macam azazil yang dah jadi syaitan laknatullah..

tak dapat pergi johr selatan nanti..insyaAllah, balik kg pergi johr timur..doa2 kn aku ni termasuk dlm 1 jemaah yg dibentuk nnt

Tuesday, May 25, 2010

Fadhilat Buat Usaha Agama


Antara kelebihan (fadhilat) buat usaha agama (yg org panggil tabligh tu)..

1. Bersahabat tanpa kenal
   - bila keluar jemaah, pasti akan ada antara ahli jemaah yg entah datang nya dari mana, entah apa keturunan nya, bermacam2 warna kulit & bermacam2 kisah hidup..tp bila dalam jemaah dapat bersahabat melebihi kawan (sahabat lain drp kawan ye)
2. Alim tanpa madrasah
   - tanpa pergi mana2 madrasah pn boleh jd alim..inilah sekolah iman..belajar ilmu iman..usaha atas iman
3. Mulia tanpa keturunan
   - bila mula bayan je, maka orang ramai akan duduk rapat2 depan pembayan..xkira la siapa yg bayan tu..hatta banduan pn orang akan tetap mulia kn apa yg di bayan kan..yg dengar pulak pun sama..pasti akan disebut "tuan-tuan yang mulia"
4. kaya tanpa harta
   - merata2 tempat pergi, walhal harta sikit pn takde..Hj. Marzuni cerita kisah dia di 1 airport UK kalo xsilap..yg pst nya europe..jumpa seorang Dato'..tanya kan berapa belanja dia untuk keluar di sana..Hj. Marzuni jawab RM 6,000..Dato' tu balas "saya kat sini RM 10k sehari"..


Alhamdulillah, semalam br balik keluar beberapa hari di Halqah Larkin..sempat la iktikaf di Surau Kg. Setanggi, Masjid Kg. Sulaiman Dato' Menteri di Majidee & Masjid As-Sobirin di Taman Daya..attach dgn jemaah 40 hari yg bergerak kat sana tu..jemaah dari UTM juga..alhamdulillah, sempat la keluar bersama seorang syura JB, Hj. Marzuni beberapa hari..fadhilat kat atas tu dia la yg bagi..

Jemaah ni bayan hidayat di Sri Petaling bersama jemaah Alahyarham Huzaifah yg syahid di Sabah baru2 ni..ada beberapa ahli jemaah ni yg cam muka Allahyarham masa kat Sri Petaling..kebetulan salah1 route jemaah ni kena kat kg atuk Allahyarham..atuk dia bgtahu yg dia kagum tgk jenazah Allahyarham..mcm org hidup..khabar nya ayah nya terus sediakan 2 org adik Allahyarham keluar 40 hari cash lepas tu..subhanallah, mati pn boleh jadi asbab hidayat..dikatakan, lebih kurang 1000 orang sembahyang jenazah untuk Allahyarham..xdapat dibayang kan dengan jemaah yg sebegitu ramai & yg pasti nya dikalangan alim ulama' dan hafiz2 di Seri Petaling tu..Allahuakbar, aku pasti mencemburuimu

Doa2 kan ana utk keluar 4 bulan IPB tgh bulan 6 ni..dah dapat tarikh submit report 14 jun..tarikh present je belum tahu lagi..Doa kan semoga Allah SWT permudahkan segala urusan ana

Jazakallahu khairan kathira...

Tuesday, May 4, 2010

Sijil "Kursus Perkahwinan"


Assalamu'alaikum warohmatullah wabarokatuh...

"Untuk mendapat sijil perkahwinan ini, saudara dan saudari cuma perlu mengikuti kursus perkahwinan selama 1 hari setengah...tetapi mestilah di pusat kursus perkahwinan yang sah, laku dan diiktiraf oleh Jabatan Agama"


hmmm..mcm tu la untuk isteri pertama aku ni..kena la ade pengesahan mcm tu jugak..kan3


lain macam je ni


rupa-rupa nya, inilah benda alah nya...

Alhamdulillah, Allah Ta'ala permudahkan urusan aku pagi tadi..sampai2 je trus dapat berurusan..kalau di Johor hari tu, mashaAllah..hidayat......

Semoga dipermudahkan juga urusan2 yang lain..mohon didoakan insanlemah ini untuk keluar 4 bulan insyaAllah Jun nanti

Jazakallah

p/s: beberapa maklumat terpaksa di censored atas faktor2 keselamatan

Bayan Maghrib Jemaah Palestin


Assalamu'alaikum warohmatullah wabarokatuh..

Atas permintaan saudara kita, ana segera kan untuk upload bayan last jemaah Palestin ni di Malaysia untuk kali ini.. (moga2 Allah swt pilih mereka untuk keluar lagi di Malaysia..mereka suka)..hajat nya nak upload esok je..insyaAllah, belajar2 untuk tunaikan hajat sesama muslim..moga2 diterima..aminnn

murtajim: Ustaz Yusri Kedah
http://www.zshare.net/audio/756716398763161a/ (format wav)
http://www.zshare.net/download/756709222abe6b72/ (format amr)

Doa2 kan ana untuk keluar 4 bulan Jun nanti

Wassalam

Monday, May 3, 2010

Karguzari Jemaah Palestin



Assalamu'alaikum warohmatullah wabarokatuh...

Alhamdulillah pagi tadi berkesempatan pergi hantar jemaah Palestin ke Airport dari Terengganu ke KLIA jam 10 pagi..setelah 10 hari route mereka di sini, insyaAllah mereka akan ke Indonesia flight jam 4 petang ni..moga2 selamat sampai..semalam pulak sempat la menunaikan hajat jemaah nak ber bbq di tepi pantai..apa2 pun, kita layan..zasssss

potong..potong..potong...

nom..nom...khusyuk makang ikang 

makan pun mesti berjemaah..ijtima'i amal kan

timung cina pom ade



giliran mereka pulak ikram orang tempatan..siap head lamp lg tuuu

mereka2 yang syahid

baru sampai airport

penumpang saje daa

proses check in di kaunter..(mcm mn dah boleh masuk dalam ni..hehe)

menanti dengan penuh sabar

tengah muzakarah untuk usaha mereka2 dlm gambar tu..rekaan semata-mata

Semoga pengorbanan mereka sebagai golongan muhajir & kami sebagai orang ansar mendapat redha Allah dan menjadi asbab hidayat seluruh alam..aminnnn

Wassalam

Sunday, May 2, 2010

Jemaah Palestin


Assalamu'alaikum warohmatullah wabarokatuh..

alhamdulillah, bermula semalam hingga esok pagi jemaah dari Palestin akan berada di mohalah ana..esok pagi mereka akan naik flight ke KLIA & petang nya ke Indonesia..

insyaAllah karguzari nanti

Wassalam

Tuesday, April 27, 2010

Mereka sudah..saya?...


Assalamu’alaikum...

Perghhh...lame nye xde n3 blog ni..dek kerana kesibukan final exam & perkara2 yg sewaktu dgn nya la kan..aduh, dunia2..tp apa2 pun kerja agama jgn ditinggalkan bro..semua orang dapat masa 24 jam sehari la..semua sama..atas kita je mcm mana nak manage utk diri kita sebdiri..kalau lu manage macam bagus, jadila mcm bagus..tp kalau lu manage bagus, insyaAllah bagus la jd nye..hah, pilih..pilih..... (ala2 mega sale..tp ade 2 pilihan je..huhu)

Boleh la bagi karguzari sket..semalam hari last student utm boleh stay kat dalam kampus..hari sebelumnya tarikh last paper final exam utk sem ni..eh, sem lpas..ah, mana2 la..asalkan korang faham..alamak, slh bg karguzari daa..hoho..

Ok2, dalam 2 minggu lepas ade 1 jemaah student utm yg dah habis final exam keluar 40 hari..sempat la jugak pegi menghantar diorang naik bas ke Sri Petaling walaupun terkejar-kejar balik dari malam markaz..alhamdulillah, ade dalam 6-7 orang student, 2 orang dari marhalah aku & 1 orang awam..tu yang naik bas la..dengar nye ade yg pergi sendiri 2-3 orang..sehari 2 lpas tu dgr khabar nye jemaah tu di putus keluar kat Endau-Rompin & Mersing..kena balik Johor semula daa..

Sabtu lepas pulak aku sempat la manghantar jemaah 1 lagi yang ade wakil dr marhalah aku..alhamdulillah, jemaah ni ade 2 orang awam yg juga lecturer..Dr. Sharif felo kolej aku ngan Dr. Yusri..sebelum bertolak lg Dr. Yusri dah bagitahu yang kemungkinan jemaah mereka pun akan diputuskan keluar di area Johor untuk usaha atas Jhor selatan nanti..semalam dgr berita nya jemaah diorang diputuskan keluar di route Larkin..eh, dekat je tu..insyaAllah, azam ziarah nanti..

Eh, ko duk sbuk crita pasal orang..ko tu bila nak keluar..huhu..aku amek short sem la bro..insyaAllah 4 bulan terus lepas tu..doa2 kan la ye..teringat pulak bayan malam markaz hari tu ada cerita kisah seorang sahabat ni yang lambat keluar dengan niat nak sembahyang berjemaah belakang Nabi..sedangkan jemaah dia da keluar pagi2 lagi..(pernah dgr kisah ni semasa taklim @ hayatus sahabah kalo xsilap)..ustaz tu bgtahu ade 3 kerugian yang dia dapat..yg paling diingat sebab diberitahu juga dalam taklim @ hayatus sahabah, Nabi SAW cakap kat dia yg dia dah ketinggalan 500 tahun dari jemaah tu untuk masuk syurga..



Haaa, sekarang pilih lah nak kaya cepat ke lambat..eh, ni skim lain le..xleh pakai..tp pikir2 kan la ye..kita tukar perkataan 'kaya' tu dgn kisah di atas..macam mana kata hati kita???

Wassalam 

Wednesday, April 7, 2010

Kisah Di Sebaliknya


Assalamu'alaikum warohmatullah wabarokatuh...

Dah lame nak tulis pasal n3 ni..tp xberkesempatan..so, sebelum cerita ni basi baik post cpt2 ye tak..huhu..kalau ade yg dah baca pasal karghuzari Jhor Akhir Sem yg di post bulan lepas, ingat tak yg masa bayan tangguh yg diceritakan ada kisah disebaliknya bila bacaan doa tu..(rujuk sini)

Sebelum bayan tangguh ni semua rata2 sibuk dgn tafakut utk khuruj (keluar) masa cuti sem nnt..yg calon 4 bulan ni tafakut nya di asing kn dr halqah kolej2 & di handle oleh Dr. Razak (kalau xsilap)..masa tgh2 ana duk khusyuk dgr die cakap, tiba2 dtg Dr. Salehhuddin kt halqah calon 4 bulan ni..Dr. Saleh ni ana punya supervisor final year projek degree dulu..dtg dgn muka semangat nak bg kata2 semangat kat ana la tu..hoho..

Sekali smp je lepas slm2 die trus ckp "hooo, casanova pn Allah Ta'ala pilih buat usaha ek..hehe"..aduh, ke situ pulak die ni..ana tahu die ni mmg jns gila2 sket..apa lg balas blk la "Dr. la yg casanova tu kn..hehe"..tersengih-sengih  la ana ngan die..tgh borak2, tiba2 ditasykil utk ke mimbar bayan..dah nak bayan tangguh..pergi la sekali dgn Dr. Saleh..

Penutup nya mcm biasa la dgn doa..ni la berlaku kisah di sebaliknya (cerita pjg bebenor, rupa2 nya br nk msk point..hehe)..walaupun doa yg dibacakan oleh Hj. Mohd Amin sekejap je, tp terkesan beb..bkn ana, Dr. Saleh..tgh org senyap khusyuk amin kn doa, die dah sebak..jap lg dah nangis2..ape lg, ana yg duk sebelah die pn terkesan la..menitik la jugak air mata ni setitik..mengenangkan byk dosa2 & yg paling besar sekali dosa meninggalkan kerja agama..Astarfighullahal 'azim




Tapi macam tu la..org yg dah banyak buat korban, susah payah, fikir, risau, runsing untuk agama sebenarnya lagi mudah untuk menitiskan air mata kerana Allah Ta'ala..sebab mereka faham keadaan mereka & ummat sekarang yg telah jauh dr apa yg dikehendaki oleh Allah SWT..Semoga Allah SWT pilih insanlemah ini untuk korban lg & lg ke hujung2 peta (bkn hujung2 dunia ye) sehingga tiada lg..aminnn

Doa hidayat untuk semua ummat seluruh alam..

Wassalam

Tuesday, April 6, 2010

Kursus Keselamatan, Kesihatan & Alam Sekitar


Assalamu'alaikum warohmatullah wabarokatuh...

Kebetulan pagi tadi teringat 1 kisah berkaitan ngan course yg ana ambik sekarang ni, Safety, Health & Environment (SHE)..bkn 'she' yg perempuan tu ye..hehe

Kisah ni kalau xsilap jd masa sebelum cuti semester lepas mgkn dlm bulan 1/2 lepas..aboh (panggilan abah utk org ganu) call bgtahu anak Hj. Lan (karkun kt marhalah ana) yg br lepas spm ade keluar 40 hari dkt2 area UTM ni..kata nya jemaah tu cmpur2 ngan jemaah dr shah alam..so, tny la org awam kt mana route jemaah tu..

1 hari tu, route jemaah tu kena pulak kat masjid btol2 luar slh 1 gate UTM..dah btol2 dekat, niat la ptg tu nk prgi ziarah budak tu..alhamdulillah la ptg tu sempat sembahayang asar kat masjid tu & dgr bayan kepentingan dakwah lepas asar..jumpa la si budak ni..

Dah borak2, diorang ajak pulak minum ptg (ta'am) sekali..masa tu la jmp amirsab jemaah tu..rupa2 nya die tu org kuat SIRIM kat Shah Alam..haaa, ni ade dialog yg plng di ingati utk dikongsi..lbeh kurang la ye..


amirsab: anta ambik kos ape kt sini?
ana: sy ambik kos safety, health & environment
amirsab: ooo keselamatan, kesihatan & alam sekitar.....
ana: ye...ye.....
amirsab: ok...utk bab safety, keselamatan yg tinggi mcm mana perlu kita capai?
ana: er..er.....(xtahu nk jwb ape..mau kena pancung kalo jwb ni..maklum la org tgh keluar..huhu)
amirsab: keselamatan yg paling tinggi untuk diusahakan adalah selamat drp azab seksa api neraka & masuk syurga Allah SWT
ana:.....(btol3..dlm ht je la)
amirsab: kesihatan yg mcm mana pulak yg perlu kita usahakan?
ana: mmmm.....mmm.....(cube nk jwb..tp lame sgt pk, biar jela die yg jwb blk..hehe)
amirsab: kesihatan yg perlu diusahakan adalah kesihatan iman iaitu bilamana skt mcm mn sekali pn jasad kita, kesihatan iman la yg akn beri kekuatan utk kita pergi kpd setiap perintah Allah SWT
ana: .....(ooo..dlm ht jugak sbb duk nguyah biskut)
amirsab: haa..utk alam sekitar pulak, tahap alam sekitar yg mcm mana kita nak usahakan utk dapat?
ana: ....(xsempat nk pk da yg last ni..trus die jwb..sbb nmpk ana duk khusyuk ngunyah biskut kot..hoho)
amirsab: alam sekitar yg kita nak usaha utk dapatkan adalah alam sekitar yg penuh dgn nikmat iaitu di syurga Allah SWT..haaa..br btol 


Owh, lepas tu br la ana terfiir kata2 amirsab td semua nya btol3 & semua tu boleh dicapai dgn usaha agama..tak de cara lain melainkan cara Nabi SAW..insyaAllah semua sedia! (tasykil)


Semua azam untuk ambik kursus ni insyaAllah (bkn course yg ana ambik kt UTM ni ye..huhu)

Thursday, April 1, 2010

Pandangan Mata & Aurat



Assalamua'alaikum warohmatullah wabarokatuh...

Bismillahirrahmanirrahim..

Mukaddimah:

Model permintaan dan penawaran menerangkan interaksi dalam pasaran untuk sesuatu barangan di antara pengeluar dan pengguna, dan hubungannya dengan harga dan penawaran barangan itu. Ia merupakan model asas mikroekonomi dan digunakan untuk menjelaskan beberapa senario, dan juga sebagai konsep asas untuk berbagai-bagai model perekonomian dan teori yang lain. Ia asalnya diterangkan oleh Antoine Augustin Cournot, dan dipopularkan oleh Alfred Marshall.
Model ini meramalkan bahawa dalam sebuah pasaran bebas yang sempurna, harga berfungsi untuk menyeimbangkan jumlah diperlukan oleh pengguna dan jumlah dibekal oleh pengeluar dalam menghasilkan sebuah ekonomi seimbang.
(Sumber: Model Permintaan dan Penawaran, Wikipedia)



Rendahkan pandangan anda (baca yang dalam gambar tu)


Ada seorang sahabat selalu zihin "bilamana semua orang lelaki buat keputusan untuk rendahkan/tundukkan pandangan pada perempuan (masturat best sket), maka mereka dengan sendiri nya akan tutup aurat dengan sempurna" <-- tak pasti samada dia quote kata2 ulama' @ sape

Sebab tu la tiba2 keluar teori kat atas tu..dah mcm penulisan berilmiah pulak..hoho..tp kalau nk di ikutkan teori tu, kalau lah takde permintaan pasti & pasti takde pengeluaran..macam tu jugak kalau nak di ikutkan kata2 sahabat ni kalau lah takde lelaki yg berkeinginan melihat aurat masturat, maka mereka sendiri tak akan mendedahkan aurat secara terbuka..

Tapi asbab kelemahan saya, ramai lagi yang belum faham..ramai lagi yang berkeinginan..ramai lagi yang suka dengan keadaan sedemikian..Astarfighullahal 'Azim..Kau jauhkan lah aku dari fitnah masturat "Allahummainni a'uzubika minfitnatinnisa'..aminnn"

p/s: tak faham dengan masturat yang cakap dia pelik tgk karkun tundukkan/rendahkan pandangan dgn masturat..ketahuilah oleh kamu bahawa bukan kami merendah-rendahkan kaum kamu, malahan sesungguhnya kami takutkan 'azab2 dari Allah SWT

Tuesday, March 30, 2010

Karghuzari Keluar 27/3


Assalamu'alaikum warohmatullah wabarokatuh...

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT di atas limpah kurniaan taufik & hidayah  Nya insanlemah ini sempat keluar 1 hari (setengah hari lagi program Jord) bermula pada 27/3 lalu..

Seperti kebiasaan, bayan hidayat diadakan di Surau Desa Bakti untuk student yg nak keluar bermula hari sabtu, mostly every week ada jemaah..Kali ni pembayan hidayat adalah tanggungjawab zon B..

Pembayan yg diberikan tanggungjawab kali ni, Ustaz Shamsudin @ Ust. Sam dari marhalah Kebangsaan (mcm penah dgr je name tu??..oh, yg ni lain daa..hoho)..bayan yg sgt bermanfaat telah diberikan (memang kebiasaan nya lain sket kalo ustaz yg bg bayan..bkn senang nk jmp ust yg buat usaha..moga2 Allah Ta'ala pilih lg & lg ustaz buat usaha..aminnn)




Antara isi bayan hidayat; TAAT..konsep agama ni adalah taat..setiap apa yg diturunkan, disuruh & dilarang hendaklah dilakukan 100% seperti yg diberitahu melalui syariat..dan syariat adalah batasan2..dia bg contoh sembahyang subuh 2 rakaat..ada org sembahyang subuh 3 rakaat & mengaku dia lagi bagus..ibadat dia lg bgus, zikir dia lebih, sujud dia lebih, rukuk dia lebih..boleh ke??...haaa, itu konsep TAAT berdasarkan syariat..kemudian ditekankan bahawa agama ni bkn nya logik..kite gune contoh td, kalo diikutkan mmg dia punya rakaat lagi bnyk, zikir lagi bnyk, rukuk lg bnyk, sujud lg bnyk, tapi hakikat nya bkn itu kehendak agama..begitu juga sekarang, apa yg dilakukan oleh Rasulullah SAW adalah agama yg mn 100% peratus perlu diamalkan oleh semua ummat manusia..tak perlu dikurang & tak perlu ditambah..itulah TAAT dgn SYARIAT untuk agama yg bkn nya berlandaskan LOGIK (agama mmg xlogik..maka jgn persoal kn setiap amalan & sunnah ye..trus amalkan aje..ingt tu <--- peringatan utk diri sendri bah)..

Tiba2 diceritakan pulak di tempat kerja dia..rupa2 nya kt sn dia pn da dipanggil "Sudin ajaib"..hoho..tp dia bgtahu la yg semua org kt tmpt keje dia faham ape mslah sbenar nya..dia pn sengih2 jela org panggil mcm tu..alaa, gurau2 kn..hehe..masalah berkaitan dgn isi bayan katanya (jgn ckp lbeh2..adalah dilarang sm skali org buat usaha ckp tntng rakan seusaha yg lain & inilah yg patot diterapkan kepada seluruh ummat manusia..Allahuakbar, mulia nya usaha ni)..kemudian dia bg pulak karghuzari masa dia buat usaha kat upm dulu..1 ketika ramai org islam kat UPM murtad..maka semua badan yg ada kaitan dgn Islam dipanggil utk mesyuarat termasuk la jemaah tabligh..semua diberi surat (yg lawak nye die cerita surat tu ditulis kepada pengerusi jemaah tabligh UPM..dia kata "bila masa pulak jemaah tabligh ada pengerusi ni"..haha)..dia bwk masalah ni jmp syura Malaysia kat Seri Petaling & syura mesyuarat cakap boleh pegi..tp jgn ckp pape..

Bila mesyuarat, mcm biasa la..mcm2 la pendapat diberi..yg ni mcm ni..yg tu mcm tu..berdentum-dentum la..smp masa dia mintak pendapat kt karkun, ape yg dibuat hanyalah senyum je =)...ape lg, kne la kate mcm2..karkun tu pn still senyum je..lg & lg =)=)=)..itulah yg mampu dibuat, TAAT..inilah kemuliaan usaha ni, Allahuakbar..diingatkan juga bahwa usaha ni bkn utk berdebat & tinggalkan apabila diajak berdebat..kita bkn nk menang..(huhu, mmg tak ada usaha yg semulia ni pernah aku jmp..alhamdulillah aku yg hina dina ni Allah Ta'ala pilih KEMBALI...semoga Allah Ta'ala pilih insanlemah ini lg & lg hingga tiada lg..aminnn)

Dia karghuzari pulak masa dia keluar 4 bulan dulu..masih dgn isi bayan td, TAAT (pjg la pulak kalo nk d crita kn lg..huhu)..pasti & pasti & pasti ada kejayaan di beri di kemudian hari..ni pengalaman dia sendiri tau..haa..tp yg tak best nye die tak dapat bayan panjang2 sebab masa tak mengizinkan (huhu..da la syok dgr die bayan)..

Lepas tu kami dipecahkan mengikut kolej masing2 utk di attach kan dgn jemaah org awam..Alhamdulillah kami dapat keluar dgn marhalah kembar kami di tempat Jord yg akan diadakan esok nye..Seramai 10 org dr jemaah tersebut + kami 5 org = 15 total (pergh, ramai gak)..Mereka ada lecturer, cikgu, tp persamaan nya  mereka da byk buat pengorbanan untuk agama..ape lg, byk la karghuzari dr mereka..hoho syok la dgr..mcm2 pengalaman..Lagipun masa bayan hidayat td memang disuruh byk kn muzakarah dgn org2 lama (nk bg naik jazbah kot..hehe)..

Tp yg dasat nya, ni lah kali pertama keluar khususi betul2..mana tak nya pukul 1 pg br blk drp lepas ta'am mlm tu..hoho..Semangat lebih sket hr tu sbb pegi usulli student2 yg ada azam nak pegi Jord esok nya & khususi random..Ditambah pula dgn jazbah nk keluar 4 bulan..Dah terasa la bahang nye kot..hehe..setiap kali jmp org mintak mereka doakan kami yg nak keluar 4 bulan nnt lepas final exam (tp aku lepas short sem..harap2 diorang doa utk aku jugak..huhu)..

Esok nya, masjid kami keluar tu jd tempat Jord..Alhamdulillah la..seperti yg di karghuzari kn.. (lihat sini)..lepas ta'am Jord lpas zohor tu br la bayan wapsi (tangguh)..kemudian pulang lah kami semua ke medan usaha masing2 yg sebenar nya..Semoga Allah SWT pilih insanlemah ni utk keluar ke hujung2 peta lg & lg sehingga tiada lagi..aminnn

Monday, March 29, 2010

Konvokesyen



TAHNIAH sahabat!

Alhamdulillah..ptg semalam sempat jugak pegi meraikan konvo beberapa orang sahabat..syukur la, Allah Ta'ala bg kekuatan untuk pegi walaupn penat blk dr Jord..kalo ikt kn mata, memang da lelap la jwp nye..tp bila di fikir2 kn ats ikatan ukhuwah persahabatan & dgn niat nk sukakan hati sahabat seagama (belajar2 ikram..tp xbwk pape pn..bwk diri je..huhu), kuatkan jugak semangat lepas solat asar tu & terus pegi..


Sampai2 je konvo sesi ptg tu br je habis..alhamdulillah, sempat jugak sampai..tp mmg hidayat la kalo org da reramai..nak cari orang pulak..mmg sesak ar..huhu

Seronok la melihat mereka2 bersama sahabat, keluarga tercinta bergambar, berpeluk-pelukkan mengucapkan tahniah antara 1 sama lain..semua nya gembira..mgkn ada juga yg menitiskan air mata kegembiraan..




Wajah kegembiraan mereka

Dalam lautan manusia yg memenuhi kawasan tu, tiba2 teringat bayan taghrib Jord pg td..alaa, yg bayan nya berapi tu..sampai telinga yg mendengar pun berasap..ingat tak??..(Lihat sini)..huh, mmg btol2 kena la (pancung gak ar..huhu)..isi bayan tu pasal konvo..tp bkn konvo ni, konvo sebenar di sana nnt, padang mahsyar..

Bila melihat kegembiran diorang, terfikir adakah kegembiraan utk aku di sana nnt?..adakah keraian yg akan menyambut majlis konvo di sana nnt?..bagaimanakah sijil buku amalan aku akan diberi nnt..adakah dr belakang, atau dr bawah, ataupun dr kiri??...na'uzubillah..mcm mn pulak perasaan aku di sn nnt??..sedangkan Nabi SAW sendiri risau runsing akan ummat nya pd masa tu..Allahuakbar..xdapat nak dibayangkan

Maka apalah sangat setakat tak pergi konvo ni (ckp utk diri sendiri ye..mgkn xsempat konvo nnt, msh khuruj..lgpn da konvo degree dlu..ape daa)..itulah hakikat sebenarnya (mak ana tny psl konvo pulak ble ckp nk keluar 4 bln hr tu..huhu)..



Gambar studio masa konvo degree dulu


Semoga Allah SWT bg kefahaman yg haq untuk semua..doa2 kn utk ummat manusia seluruh alam (esp mak ana)..aminnn

Sunday, March 28, 2010

Pertunangan Dengan Isteri Pertamaku



Ni dia borang pertunangan nya (bila la pulak tunang guna borang)..ngeh3

Haaa..mgkn ada yg terkejut tgk tajuk n3 ni..haha..tp mgkn ade yg dah tahu bila tengok gambar kt ats ni..bgus2!..

Hmmm..sbenar nya ada ape dengan tajuk ni?..semacam je kn??..hoho

Owh, kalau la nk di ikutkan umor, alhamdulillah da lepas..tp syarat2 lain ada kureng la..tak bole la bgtahu ape yg kureng tu..tp yg pasti nya amal kurang kan..(insaf jap..huhu)

haha..melalut je keje..ape daa..sbenar nya tajuk tu sekadar istilah je..Prof. Hussin, syura JB selalu taghrib karkun2 final year kt utm "Jadikan keluar 4 bulan di jalan Allah sebagai isteri pertama korang lepas korang habis belajar"...

Hah, da fhm???..hehe
Itu la maksud nya..anggap keluar di jalan Allah 4 bulan sebagai isteri pertama, perkara yg harus di kejar2 & perkara yg di idam2 kan..
Bila nk beristeri ni kena la bertunang dulu..kasi ikat kemas2 kan..jgn sampai lari pulak..huhu

So, bila dah tafakut masa Jord siang tadi makna nya da selesai la majlis pertunangan dengan isteri pertamaku..alhamdulillah

Moga2 dipermudahkan segala urusan yg perlu diselesaikan untuk keluar nnt (terutama keperluan..xnmpk bayang lg ni..ape daa, yg keluar kan kita bkn keperluan la sheikh..adehhh)

Harapan agar pembaca2 juga mendoakan semoga Allah Ta'ala pilih insanlemah ini untuk keluar 4 bulan di jalan Allah, insyaAllah target keluar masa Jord zon selatan di Merlimau, Melaka bulan Jun nnt..aminnnnn

Wassalam

Jord Akhir Sem


Assalamu'alaikum warohmatullah wabarokatuh...

Alhamdulillah...syukur yg tak terhingga ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia & inayah Nya Jord akhir sem student UTM untuk sesi 2009/2010 telah selesai dijalankan (br balik ni..penat2)..

Jord yg telah bermula mungkin dlm pukul 9 (dtg lmbt sbb pergi usulli lagi student kat kolej <-- ramai ke bang??..adehh) selamat selesai selepas zohor (of kos la ade ta'am dlu..alhamdulillah)..

Program dimulakan dengan bacaan hadith (sementara menunggu student2 yg msh lagi belom sampai) sehingga jam 10.15..lepas tu program diambil alih oleh seorang brader yg bole di kira br blk 4 bln IPB, Cikgu Suhaili (da sebulan kot)..ape lg, taghrib yg diberikan mmg berasap berapi la..penuh semangat..mmg berasap telinga dengar..hoho

Kemudian, pkul 10.45 program disambung dgn Karghuzari usaha student (sluruh UTM & kolej) smp pukul 11.30..disebabkan masa tak mencukupi & byk jugak bilangan kolej kat dlm UTM ni, ada kolej2 yg tak sempat bg karghuzari..

Habis Karghuzari tu baru la mula bayan..masa bayan yg diberikan hanyalah smp pukul 12.15..Cikgu Md Jabar telah diputus sebagai pembayan walaupun ada beberapa syura kat Jord tu..mungkin sebab banyak pengorbanan yg dilakukan menjadi asbab beliau dipilih oleh amirsab..apa2 pn keputusan amirsab tu adalah ilham dr Allah..(benar!!)

Lepas bayan student di pecah2 ikt marhalah msng2..mostly kolej msng2 la..org awam dr marhalah kembar setiap kolej pulak ambil tanggungjawab untuk teruskan program seterusnya, tafakut..alhamdulillah, rata2 marhalah ada beberapa student yg tafakut utk keluar 40 hari & 4 bulan cuti semester nanti..ada jugak beberapa student yg ada azam utk keluar kurang dr 40 hr cuti semester ni..tp tak ditafakut la..

Tengah sibuk2 dgn tafakut, da kena tasykil ke mimbar bayan untuk bayan penutup..ms ni jam pukul 12.35..smp la giliran syura pulak bg bayan, Cikgu Mohd Noor..sekali bayan penutup macam bayan nak tasykil daa (pembayan sendri cakap ek..hoho)..trus die tukar tune bayan utk jd bayan penutup (br tahu rupa2 nya ada tune2 gak bayan ni..mmg insanlemah la)..lebih kurang 12.45 pembayan tangguh bayan & disambung dengan bacaan doa oleh seorang lg syura, Hj. Mohd Amin..ingt kn nk doa lama2, tp sekejap je dlm 3-4 min je kot..skejap2 pn, ada kisah disebaliknya (insyaAllah cerita di next n3)..lepas tu dah boleh b'siap2 utk waktu zohor..

Selesai solat zohor ape lagi, solat ba'diah zohor la..lpas tu br la ta'am sheikh..hehe..alhamdulillah, berkat berjemaah makan pun sedap..apa2 pun, bila ta'am berjemaah ni berkat dia lain sket..istilah nya "sket cukup, banyak habis"..haaaa

Bila perut dah di isi, tu tanda nya program dah habis (biasa la program2 lain kt utm ni mst ending nya pun ta'am jugak..rasa2 nya kat tempat lain sama jugak kn..mgkn ada sesetengah yg menjadikan ta'am tu mcm umpan la..tp harap2 yg hadir td tak menjadikan tu sebagai maksud kedatangan mreka..amin ya Allah)

Semoga Jord yg dijalankan td mencapai matlamat seperti apa yg dimesyuarat kan, mendapat rahmat & diampuni segala dosa2 kami sekiranya berlaku kesilapan semasa Jord..harapan nya agar yg dah tafakut, dapat keluar dengan jayanya..yang ada keazaman utk keluar kurang dr 40 hari pn dpt keluar dengan jayanya..yg lain2 tu semoga Allah SWT bg taufik & hidayah agar mendapat kefahaman yg sebenar, & menjadikan usaha ini maksud hidup masing2..aminnnnn

Wassalam...

Saturday, March 27, 2010

Korban...


Assalamu'alaikum warohmatullah wabarokatuh...

Dalam kesibukan suasana di UTM ni untuk menghadapi konvo week, study week & exam week ni, alhamdulillah Allah Ta'ala masih pilih insanlemah ni untuk keluar di jalan nya..(belom lg la..insyaAllah selesai segala urusan..aminnn)
owh, ni kali ke berapa insanlemah khuruj di UTM ek??..(huhu..mmg lemah la)
Syukur lagi & lagi Allah SWT pilih juga beberapa lagi rakan2 seusaha (karkun) kolej untuk keluar bersama (mana org baru???..haish, lemah2)..
Biasa nya tertib untuk keluar bg pelajar ni selama 1 hari setengah je..

Tp untuk khuruj kali ni berbeza sket sebab esok pagi da ada Jord akhir sem student UTM..daripada mesyuarat halqah lepas, insyaAllah seramai ..... student lelaki akil baligh di UTM akan turut serta..(xbole bgtahu jumlah takot2 kalo ramai rasa senang hati, kalo sket pecah hati plak..hoho)<--- apa2 pn hakikat nya sket sgt la kalau nk dinisbahkan dengan jumlah total student
Nak di ikut kan kiraan nya khuruj kali ni hanyalah cukup untuk 1 hari sahaja...

Harap2, doa2 semoga Allah Ta'ala pilih semua student lelaki UTM untuk hadir Jord pagi esok..aminnnn

Dah2, nak buat persiapan pulak ni..hoho..insyaAllah sedikit karghuzari (laporan) akan diberi selepas keluar & jhor nanti...

Wassalam

Simfoni Nurani


Assalamu'alaikum warohmatullah wabarokatuh...

Untuk tajuk n3 tu sbenarnya tajuk program yg dijalankan di pesta konvo UTM kali ke 44 malam ni..baru balik dr sanan la ni haa..tak plan pun nak pergi kot..da ade orang ajak (niat ikram..aminnn)..rasa2 nya ramai da dapat tangkap berdasar kan tajuk kat atas tu..kan..kan...(jgn buat2 tak paham pulak & yg tak paham tu pandai la cr maksud)..kalau da ada perkataan simfoni tu ape lagi, muzik la..then perkataan nurani pulak da semestinya yang berkatan dengan rohani..kalau bahasa glamor nya islamic kot..ataupn dengan kata lain nya program ni adalah program berhibur secara islam (yeke???)..hoho

Haaa, dgr kata nya program tu anjuran PMIUTM..dengar2 nye lah..sebab kalau nak di ikut kan poster2 kat blok asrama, rasa nya tak ada (kalo ade abes la aku kne pancung ckp xalert ni..adehh..eh, blok aku tak ada ok) tp yang pasti nya anjuran UTM (da diorang berkuasa nak luluskan satu2 program)....apa2 pun sudah semestinya objektif & target oleh pihak penganjur yang baik2 belaka..harap2 semua tu tercapai (harap2 la..aminnn)..

Dapat la menikmati 1 teater bertajuk Menunggu Jawapan Ilahi (kalau tak silap)..yang mengisahkan tentang Ka'ab bin Malik semasa perang Tabuk (kisah dia panjang yang amat..tak larat nak cerita kat sini..bukan malas ye..hehe..kalau sape2 tak tahu bole rujuk kitab Fadhail Amal bab Kisah Para Sahabat)..watak Ka'ab tu dilakonkan oleh Sabri Yunus & dibantu oleh alunan biola dari salah seorang ahli kumpulan kopratasa ........(apa nama tak tahu)..memang menghayati la teater tu (bkn aku yang menghayati, sabri yunus tu..huhu)..siap nangis2 lagi..mmg terkesan la (utk sesetengah orang je kot..tp rasa nya tak sampai setengah sebab yang lain2 terkesan dengan gerai2 kain baju kt sebelah pentas..haish)..jumpa la sorang karkun ni sedang khusyuk tengok teater tu..alhamdulillah (ucapan dr seorang insanlemah..ade sket kekuatan..huhu..calon 4 bulan lagi tu kot..lengkap berjubah la..aku kopiah ngan baju melayu je..ape daa)

Habis persembahan tu sempat la pulak round2 dalam tapak pesta tu dengan karkun td..mula2 nya dengar orang kata bosan..ramai jugak yang kata macam tu..tp ble pergi sana, hakikat nya mmg ramai la umat akhir zaman kt situ (bosan2 pn pergi jugak..ckp utk aku la ni..hoho)..lagi2 la masturat, memang..... (hidayat..)..memang mata kne btol2 jaga la..nasib baik jalan ngan karkun..alhamdulillah (ucapan dr seorang insanlemah sekali lagi)..tak dapat dinafikan bila pesta konvo ape lagi yg banyak nya, kedai baju, gerai2 makan, booth2 syarikat telekomunikasi (ayat skema SPM la pulak..haha)


Hah, ble da jalan2 sampai kat booth ni pulak rupa2 nya ade 1 lagi program simfoni (paham2 la ye)..time lalu tu dgr pulak suara masturat..aduh, ape lagi..istighfar je la byk2 (itu la yg termampu di buat oleh seorang insanlemah)..kat ujung sana simfoni, kt sebelah sini pun nak sinfoni jugak..tp totally berlawanan..aiyaaa..ape nak jd daa..sedih2..huhu..trus blah je la (mmg da on the way blk kot..hehe)

Tak perlu nak cakap byk la pasal ni..buat dosa je..yang penting sangka baik..semoga mereka2 mendapat taufik & hidayah..aminnn

Akhir kata, (mcm ucapan la pulak) berdasarkan 2 situasi ni, lu fikrlah sendiri!!!

Wassalam

Friday, March 26, 2010

Hakikat Yang Dihijab


Sebagai permulaan, diingatkan (utk diri sendiri juga)yang jazbah dalam usaha agama ini sangat penting. Dengan adanya jazbah, suasana akan datang. Baru ada kekuatan <---- iman umat akhir zaman kan iman suasana..huhu

Kebetulan jumpa 1 risalah yang bertajuk Pengorbanan Para Pendakwah (Daie). So, fikir2 best jugak kalau copy paste ni (niat utk kongsi2 la..hehe). Ape2 pn, nk mintak maap sm pemilik source ni (xtahu mcm mn nk contact diorng..huhu). Kalo yg membaca ni ade yg kenal, sampai2 kn la ye


"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar" (At-Taubah: 111)
SubhanAllah! Hiba rasanya hati ini melihat pengorbanan para daie. Amat mulia peribadi mereka menjalankan dakwah yang merupakan tugas para nabi dan Rasul. Mereka bertungkus lumus berkorban diri dan harta (termasuk masa <--- sendiri edit) hanya kerana Allah dan agama-Nya, menjadikan segala-galanya hanya untuk dakwah, mengorbankan segala yang indah disisinya untuk memartabatkan agama Islam. Siapakah yang lebih mulia daripada mereka yang menyeru kepada Allah?

"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata: sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslimin (yang menyerah diri)?" (Al-Fussilat: 33). Akan tetapi mengapa manusia itu tidak melihat pengorbanan mereka ini? Malah menolak dakwah, menbenci dan melontarkan kata-kata cacian dan hinaan. Bersabarlah wahai para pejuang Islam sekalian! Sudah lumrah berdakwah itu sesuatu yang amat sukar. "Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka. Mereka akan bersumpah dengan Allah: 'Jikalau kami sanggup tentulah kami berangkat bersama-samamu'. Mereka membinasakan diri mereka sendiri dan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta". (At-Taubah: 42). Malahan andai dakwah ini cukup mudah, masakan Rasulullah sanggup mengatakan "Seandainya diletakkan matahari disebelah tangan kananku dan bulan di tangan kiriku, pasti aku tidak akan meninggalkannya melainkan aku menang dengannya atau aku mati kerananya".

Marilah para daie yang cukup mulia. Bangkitlah tanpa kenal rasa sedih dan duka. Melangkah terus maju dan maju dengan memegang Al-Quran dan As-Sunnah. Menjadikan tahajud sumber kekuatan diri, menanam erti kegagahan dengan alunan kitab suci yang mengalir dalam darah, berlari dalam layar kehidupan dengan wangian syurga disisi. InsyaAllah kemenangan itu adalah benar dan pasti. Bersabarlah. namun, dalam menetap kesebaran di hati, sering kali diri kita ini diuji debgan bermacam-macam ujian. Apalah daya bagi seorang manusia yang fitrahnya masih kenal perasaan sedih, penat dan juga derita. bersabarlah dan berserahlah kepada Allah wahai pembaca risalah ini yang bergelar daie!<--- dlm terbitan asal pendakwah..tukar jd daie mcm berselera sket dgr..maksud yg sm xpe kn..hehe


(Sumber: Ar-Risalah terbitan BAKDIS, Sekolah Menengah Kebangsaan Hamzah Machang, Kelantan)