Jangan ikut selagi tak ada niat nak ikut Rasulullah & para sahabat

Friday, July 8, 2011

TAWARAN HEBAT!!!


Abdullah ibn 'Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Islam tertegak di atas lima rukun iaitu bersaksi bahawasanya tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah hamba-Nya serta rasul-Nya; mendirikan solat; membayar zakat; mengejarkan haji dan puasa di bulan Ramadhan,"

Rasulullah SAW mengibaratkan agama Islam sebagai sebuah khemah yang disokong oleh lima batang tiang. Tiang tengahnya ialah kalimah syahadah . Empat tiang lagi itu adalah tiang-tiang sokongan iaitu satu tiang pada tiap satu penjuru khemah tersebut. Tanpa tiang tengah maka khemah itu tidak boleh ditegakkan dan sekiranya mana-mana dari salah satu tiang sokongan yang di penjuru itu hilang maka akibatnya runtuhlah penjuru khemah yang rosak itu. 

Mungkin ada yang pernah mendengar keluhan-keluhan seperti ini "eh, saya dah sembahyang..blum cukup lagi ke???..". "Pakcik dah 99 kali pergi haji. Bulan 11 nanti cukuplah seratus kali. Nak tambah apa lagi...". "Minggu lepas dah bayar zakat..emmm, tadi baru lepas sembahyang..bulan depan nak puasa..bulan 11 nanti nak pergi haji bawak pakcik aku tu....dah ok la kot..."

Ok..ok.....Mungkin orang-orang macam ni tak pernah pergi berkhemah kot. Eh, orang yang pergi haji tu???...Rasanya mereka ni tak perasan yang mereka pada masa tu tengah duk dalam khemah. Sebab keadaan khemah yang hampir sempurna. Dah macam dalam rumah. "Ooo..memang la pakcik tak perasan. Duk sibuk buat ibadat masa tu nak oi...". Baguih la kalau macam tu pakcik.....

Rasa-rasanya cukup sempurna ke kalau khemah dengan hanya 5 tiang je??... Kalau rasa tak cukup, sempurnakanlah dengan benda-benda yang diperlukan bersesuaian dengan matlamat, tujuan & maksudnya. Apakah maksud umat ini dihantar?..ke manakah tujuan kehidupan kita di atas dunia ni?...apakah matlamat kehidupan yang sebenar nanti?...

Tepuk dada, tanyalah iman.....

Nak khemah yang ni ke, ataupun ...

Khemah yang interior design nye macam ni...

Ok, tawaran masih terbuka sehingga sebelum nyawa sampai ke kerongkong..cepat..cepat.....jangan terlambat!!!

p/s: kalau rasa nak window shopping pun boleh..tapi minta maaf la sebab bersawang sket ye



1 comments:

Ziarah76 on July 13, 2011 at 6:34 PM said...

memang tawaran hebat! selagi stok masih ada.