Jangan ikut selagi tak ada niat nak ikut Rasulullah & para sahabat

Showing posts with label Iman. Show all posts
Showing posts with label Iman. Show all posts

Monday, March 29, 2010

Konvokesyen



TAHNIAH sahabat!

Alhamdulillah..ptg semalam sempat jugak pegi meraikan konvo beberapa orang sahabat..syukur la, Allah Ta'ala bg kekuatan untuk pegi walaupn penat blk dr Jord..kalo ikt kn mata, memang da lelap la jwp nye..tp bila di fikir2 kn ats ikatan ukhuwah persahabatan & dgn niat nk sukakan hati sahabat seagama (belajar2 ikram..tp xbwk pape pn..bwk diri je..huhu), kuatkan jugak semangat lepas solat asar tu & terus pegi..


Sampai2 je konvo sesi ptg tu br je habis..alhamdulillah, sempat jugak sampai..tp mmg hidayat la kalo org da reramai..nak cari orang pulak..mmg sesak ar..huhu

Seronok la melihat mereka2 bersama sahabat, keluarga tercinta bergambar, berpeluk-pelukkan mengucapkan tahniah antara 1 sama lain..semua nya gembira..mgkn ada juga yg menitiskan air mata kegembiraan..




Wajah kegembiraan mereka

Dalam lautan manusia yg memenuhi kawasan tu, tiba2 teringat bayan taghrib Jord pg td..alaa, yg bayan nya berapi tu..sampai telinga yg mendengar pun berasap..ingat tak??..(Lihat sini)..huh, mmg btol2 kena la (pancung gak ar..huhu)..isi bayan tu pasal konvo..tp bkn konvo ni, konvo sebenar di sana nnt, padang mahsyar..

Bila melihat kegembiran diorang, terfikir adakah kegembiraan utk aku di sana nnt?..adakah keraian yg akan menyambut majlis konvo di sana nnt?..bagaimanakah sijil buku amalan aku akan diberi nnt..adakah dr belakang, atau dr bawah, ataupun dr kiri??...na'uzubillah..mcm mn pulak perasaan aku di sn nnt??..sedangkan Nabi SAW sendiri risau runsing akan ummat nya pd masa tu..Allahuakbar..xdapat nak dibayangkan

Maka apalah sangat setakat tak pergi konvo ni (ckp utk diri sendiri ye..mgkn xsempat konvo nnt, msh khuruj..lgpn da konvo degree dlu..ape daa)..itulah hakikat sebenarnya (mak ana tny psl konvo pulak ble ckp nk keluar 4 bln hr tu..huhu)..



Gambar studio masa konvo degree dulu


Semoga Allah SWT bg kefahaman yg haq untuk semua..doa2 kn utk ummat manusia seluruh alam (esp mak ana)..aminnn

Friday, March 26, 2010

Hakikat Yang Dihijab


Sebagai permulaan, diingatkan (utk diri sendiri juga)yang jazbah dalam usaha agama ini sangat penting. Dengan adanya jazbah, suasana akan datang. Baru ada kekuatan <---- iman umat akhir zaman kan iman suasana..huhu

Kebetulan jumpa 1 risalah yang bertajuk Pengorbanan Para Pendakwah (Daie). So, fikir2 best jugak kalau copy paste ni (niat utk kongsi2 la..hehe). Ape2 pn, nk mintak maap sm pemilik source ni (xtahu mcm mn nk contact diorng..huhu). Kalo yg membaca ni ade yg kenal, sampai2 kn la ye


"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar" (At-Taubah: 111)
SubhanAllah! Hiba rasanya hati ini melihat pengorbanan para daie. Amat mulia peribadi mereka menjalankan dakwah yang merupakan tugas para nabi dan Rasul. Mereka bertungkus lumus berkorban diri dan harta (termasuk masa <--- sendiri edit) hanya kerana Allah dan agama-Nya, menjadikan segala-galanya hanya untuk dakwah, mengorbankan segala yang indah disisinya untuk memartabatkan agama Islam. Siapakah yang lebih mulia daripada mereka yang menyeru kepada Allah?

"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata: sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslimin (yang menyerah diri)?" (Al-Fussilat: 33). Akan tetapi mengapa manusia itu tidak melihat pengorbanan mereka ini? Malah menolak dakwah, menbenci dan melontarkan kata-kata cacian dan hinaan. Bersabarlah wahai para pejuang Islam sekalian! Sudah lumrah berdakwah itu sesuatu yang amat sukar. "Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka. Mereka akan bersumpah dengan Allah: 'Jikalau kami sanggup tentulah kami berangkat bersama-samamu'. Mereka membinasakan diri mereka sendiri dan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta". (At-Taubah: 42). Malahan andai dakwah ini cukup mudah, masakan Rasulullah sanggup mengatakan "Seandainya diletakkan matahari disebelah tangan kananku dan bulan di tangan kiriku, pasti aku tidak akan meninggalkannya melainkan aku menang dengannya atau aku mati kerananya".

Marilah para daie yang cukup mulia. Bangkitlah tanpa kenal rasa sedih dan duka. Melangkah terus maju dan maju dengan memegang Al-Quran dan As-Sunnah. Menjadikan tahajud sumber kekuatan diri, menanam erti kegagahan dengan alunan kitab suci yang mengalir dalam darah, berlari dalam layar kehidupan dengan wangian syurga disisi. InsyaAllah kemenangan itu adalah benar dan pasti. Bersabarlah. namun, dalam menetap kesebaran di hati, sering kali diri kita ini diuji debgan bermacam-macam ujian. Apalah daya bagi seorang manusia yang fitrahnya masih kenal perasaan sedih, penat dan juga derita. bersabarlah dan berserahlah kepada Allah wahai pembaca risalah ini yang bergelar daie!<--- dlm terbitan asal pendakwah..tukar jd daie mcm berselera sket dgr..maksud yg sm xpe kn..hehe


(Sumber: Ar-Risalah terbitan BAKDIS, Sekolah Menengah Kebangsaan Hamzah Machang, Kelantan)