Jangan ikut selagi tak ada niat nak ikut Rasulullah & para sahabat

Showing posts with label Fikir. Show all posts
Showing posts with label Fikir. Show all posts

Friday, July 8, 2011

TAWARAN HEBAT!!!


Abdullah ibn 'Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Islam tertegak di atas lima rukun iaitu bersaksi bahawasanya tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah hamba-Nya serta rasul-Nya; mendirikan solat; membayar zakat; mengejarkan haji dan puasa di bulan Ramadhan,"

Rasulullah SAW mengibaratkan agama Islam sebagai sebuah khemah yang disokong oleh lima batang tiang. Tiang tengahnya ialah kalimah syahadah . Empat tiang lagi itu adalah tiang-tiang sokongan iaitu satu tiang pada tiap satu penjuru khemah tersebut. Tanpa tiang tengah maka khemah itu tidak boleh ditegakkan dan sekiranya mana-mana dari salah satu tiang sokongan yang di penjuru itu hilang maka akibatnya runtuhlah penjuru khemah yang rosak itu. 

Mungkin ada yang pernah mendengar keluhan-keluhan seperti ini "eh, saya dah sembahyang..blum cukup lagi ke???..". "Pakcik dah 99 kali pergi haji. Bulan 11 nanti cukuplah seratus kali. Nak tambah apa lagi...". "Minggu lepas dah bayar zakat..emmm, tadi baru lepas sembahyang..bulan depan nak puasa..bulan 11 nanti nak pergi haji bawak pakcik aku tu....dah ok la kot..."

Ok..ok.....Mungkin orang-orang macam ni tak pernah pergi berkhemah kot. Eh, orang yang pergi haji tu???...Rasanya mereka ni tak perasan yang mereka pada masa tu tengah duk dalam khemah. Sebab keadaan khemah yang hampir sempurna. Dah macam dalam rumah. "Ooo..memang la pakcik tak perasan. Duk sibuk buat ibadat masa tu nak oi...". Baguih la kalau macam tu pakcik.....

Rasa-rasanya cukup sempurna ke kalau khemah dengan hanya 5 tiang je??... Kalau rasa tak cukup, sempurnakanlah dengan benda-benda yang diperlukan bersesuaian dengan matlamat, tujuan & maksudnya. Apakah maksud umat ini dihantar?..ke manakah tujuan kehidupan kita di atas dunia ni?...apakah matlamat kehidupan yang sebenar nanti?...

Tepuk dada, tanyalah iman.....

Nak khemah yang ni ke, ataupun ...

Khemah yang interior design nye macam ni...

Ok, tawaran masih terbuka sehingga sebelum nyawa sampai ke kerongkong..cepat..cepat.....jangan terlambat!!!

p/s: kalau rasa nak window shopping pun boleh..tapi minta maaf la sebab bersawang sket ye



Wednesday, February 23, 2011

Bukan Bisu, Tapi Pekak...


Minggu lepas, jemaah bisu...eh bukan, pekak, dari Pakistan telah keluar di kawasan Kuala Terengganu & pada hari terakhir jemaah ni kat sini jor bisu/pekak telah diadakan.

Walaupun bilangan yang terkumpul takde lah seramai konsert Jom Heboh, tapi tercapai lah apa yang dikehendaki.

Antara maghrib & isyak kesemua mereka dikumpulkan untuk muzakarah bersama jemaah & rakan-rakan seusaha yang lain mendengar majlis ilmu yang telah menjadi program mingguan di masjid tu.

Selepas isyak, bayan telah dilakukan oleh jemaah bisu dari pakistan tersebut. Kali pertama dengar tengok bayan orang bisu dalam bahasa isyarat. Bayan paling senyap di alam semesta. Rupa-rupanya nya bahasa isyarat ni bahasa international. Tapi hari tu, pembayan telah diterjemahkan dalam bahasa urdu terlebih dahulu sebelum ke bahasa melayu sebab orang-orang Pakistan di kawasan sekitar juga di bawa ke jor tersebut.

Selesai bayan, apa lagi taskil la...Lepas taskil pulak, orang tanggungjawab untuk usaha atas orang bisu bagi markaz Kuala Terengganu telah bagi karguzari mengenai muzakarah antara mereka tadi. Katanya secara khusus, orang-orang bisu/pekak di Terengganu, amnya Malaysia sendiri mempunyai aqidah yang salah. Kesemua mereka mengatakan bahawa Allah itu lelaki dan Muhammad itu perempuan & mereka berkahwin (sambil tunjuk tulisan Allah & Muhammad yang biasa ada dinding hadapan masjid). Katanya lagi, mereka ni nama je islam tapi aqidah salah. Siapa harus bertanggungjawab?...saya lah tu..huhu

Ada yang mengatakan bahawa kesalahfahaman mereka datang dari bahasa isyarat yang mereka belajar itu sendiri. Maksudnya, dari manakah datangnya bahasa isyarat itu?..bukankah dari non-muslim?..saya pun tak tahu..huhu. Ada juga yang mengatakan sebabnya adalah kerana tulisan Allah & Muhammad itu dianggap seperti gambar-gambar agong dan permaisurinya, perdana menteri dan isterinya....hmmmm

Mesyuarat markaz baru-baru ni telah membangkitkan taqaza ni & ada iklan untuk mereka yang normal untuk belajar bahasa isyarat. InsyaAllah, saya azam untuk menambahkan lagi ilmu bahasa isyarat ni. Sekarang ni tahu bagi salam dan jawab salam je..hehe

p/s: orang bisu tak suka mereka dipanggil bisu, tapi panggil lah mereka pekak..got it?

Wassalam




Friday, February 11, 2011

Tahu tak?...


Tajuk khutbah jumaat kat masjid marhalah aku hari ni berkisah pasal Maulidur Rasul yang akan tiba tak lama lagi dan aku rasa rata-rata masjid lain pun mengkhutbahkan perkara yang sama..

.
.
.
.
.
(khusyuk mendengar)
.
.
.
.
.
(Oh, tiba-tiba teringat 1 kisah masa belajar kat u dulu)
.
.
.
.
.
.
('khusyukkan' lagi mendengar khutbah walaupun kisah tu terngiang-ngiang dengan kuatnya)
.
.
.
.
.
Selesai khutbah, terus solat. Habis solat, tok imam buat pengumuman mintak semua ahli jemaah bangun dan selawat beramai-ramai sempena Maulidur Rasul. errr...aku pn dengan selambe nya duduk menghabiskan 'amalan-'amalan yang telah termaktub dalam hadith sambil diorang beramai-ramai berselawat. Oh, '1 kisah masa belajar kat u dulu' terngiang-ngiang dengan lebih kuat lagi..


Kisah nya bermula apabila aku dan Arip (bukan nama sebenar) balik dari surau kolej a.k.a marhalah kami selepas solat isyak...

ko pegi mana tadi?

aku pun jawab...ada taqaza tadi..kenapa?

Tadi antara maghrib-isyak diorang buat majlis selawat qasidah burdah...

Ooo...malas nak mengulas panjang sebab sebelum ni pun aku pernah duduk dalam majlis tu jugak

Tadi diorang taskil aku main kompang tapi aku tak sedia la..malas aku

Ye ke?!...sedikit terkejut sebab ada peningkatan. Sebelum ni takde kompang.


Minggu depan diorang buat lagi. Setiap minggu la tu kot. Diorang suruh ajak ramai-ramai.

InsyaAllah...dengan niat kalau takde taqaza aku join. Sebab masa antara maghrib-isyak tu 'amalan khususi marhalah aku

[dialog telah di edit oleh penaip kerana penaip telah lupa dialog sebenar]

Dan dalam masa keluar safar ke tanah hind yang lalu aku telah dapat jawapan nya. Bahawasanya menyukai, mencintai, mengagungkan Baginda S.A.W tidak cukup, tidak cukup, sekali lagi, tidak cukup dengan tidak melakukan apa yang Rasulullah S.A.W telah buat, telah susah payahkan. Malah lebih teruk lagi, perkara lain yang di buat tu sama je macam apa yang telah Abu Talib, paman Rasulullah S.A.W buat dulu. Ah, korang pun tahu kisah dia. Ada yang lebih tahu dari aku lagi. Tak payah susah-susah aku taip panjang-panjang. Faham-fahamkan lah ya. Jangan lupa juga doa mintak kefahaman sebenar dari Allah S.W.T kerana faham pun datang dari Allah Ta'ala.

[sekali lagi penaip telah lupa daripada mana telah dapat jawapan ni kerana penaip lupa nak catit daripada siapa & penaip memang pelupa]


p/s: mintak doakan si 'pelupa' sorang ni ya..JazakAllah 

Friday, June 4, 2010

Kesiannya...


Assalamu’alaikum warohmatullah wabarokatuh...

Memang kesian la dengan apa yang jadi sekarang..tapi aku lagi kesian dengan apa yang berlaku kat orang sekeliling nya..aduhhh, kesian la..yang duk jerit2, pekik2 tu semua tu bukannya orang sembarangan..bukannya mat2 rempit yang sekolah tak habis tu..bukannya mat2 pit yang duk kat bawah jambatan tu..diorang ni apetah lagi kesiannya..tapi diorang tu kurang2 ade masuk u kot..ilmu tinggi2..duk kat rumah besar2 kot..

Tapi kesian la..diorang tak faham..asbab kelemahan kurang nya saya buat usaha..kurang nya saya korban..maka Allah tak bagi mereka faham..istighfar byk2 la wahai manusia..betul la orang kata, mereka yang paling faham tentang kita adalah musuh kita..dan makhluk yang paling faham tentang agama ni adalah syaitan laknatullah..syaitan ni nama sebenar nya adalah azazil (yang paling bijaksana,perkasa)..dan ni pulak orang duk kata yahudi musuh kita..kesian2..hah, tgk ni..tgk2..emo la pulak


Nak faham, korban lagi dan lagi sampai tiada lagi..

p/s: jangan salah korban, nanti jadi macam azazil yang dah jadi syaitan laknatullah..

tak dapat pergi johr selatan nanti..insyaAllah, balik kg pergi johr timur..doa2 kn aku ni termasuk dlm 1 jemaah yg dibentuk nnt

Tuesday, April 6, 2010

Kursus Keselamatan, Kesihatan & Alam Sekitar


Assalamu'alaikum warohmatullah wabarokatuh...

Kebetulan pagi tadi teringat 1 kisah berkaitan ngan course yg ana ambik sekarang ni, Safety, Health & Environment (SHE)..bkn 'she' yg perempuan tu ye..hehe

Kisah ni kalau xsilap jd masa sebelum cuti semester lepas mgkn dlm bulan 1/2 lepas..aboh (panggilan abah utk org ganu) call bgtahu anak Hj. Lan (karkun kt marhalah ana) yg br lepas spm ade keluar 40 hari dkt2 area UTM ni..kata nya jemaah tu cmpur2 ngan jemaah dr shah alam..so, tny la org awam kt mana route jemaah tu..

1 hari tu, route jemaah tu kena pulak kat masjid btol2 luar slh 1 gate UTM..dah btol2 dekat, niat la ptg tu nk prgi ziarah budak tu..alhamdulillah la ptg tu sempat sembahayang asar kat masjid tu & dgr bayan kepentingan dakwah lepas asar..jumpa la si budak ni..

Dah borak2, diorang ajak pulak minum ptg (ta'am) sekali..masa tu la jmp amirsab jemaah tu..rupa2 nya die tu org kuat SIRIM kat Shah Alam..haaa, ni ade dialog yg plng di ingati utk dikongsi..lbeh kurang la ye..


amirsab: anta ambik kos ape kt sini?
ana: sy ambik kos safety, health & environment
amirsab: ooo keselamatan, kesihatan & alam sekitar.....
ana: ye...ye.....
amirsab: ok...utk bab safety, keselamatan yg tinggi mcm mana perlu kita capai?
ana: er..er.....(xtahu nk jwb ape..mau kena pancung kalo jwb ni..maklum la org tgh keluar..huhu)
amirsab: keselamatan yg paling tinggi untuk diusahakan adalah selamat drp azab seksa api neraka & masuk syurga Allah SWT
ana:.....(btol3..dlm ht je la)
amirsab: kesihatan yg mcm mana pulak yg perlu kita usahakan?
ana: mmmm.....mmm.....(cube nk jwb..tp lame sgt pk, biar jela die yg jwb blk..hehe)
amirsab: kesihatan yg perlu diusahakan adalah kesihatan iman iaitu bilamana skt mcm mn sekali pn jasad kita, kesihatan iman la yg akn beri kekuatan utk kita pergi kpd setiap perintah Allah SWT
ana: .....(ooo..dlm ht jugak sbb duk nguyah biskut)
amirsab: haa..utk alam sekitar pulak, tahap alam sekitar yg mcm mana kita nak usahakan utk dapat?
ana: ....(xsempat nk pk da yg last ni..trus die jwb..sbb nmpk ana duk khusyuk ngunyah biskut kot..hoho)
amirsab: alam sekitar yg kita nak usaha utk dapatkan adalah alam sekitar yg penuh dgn nikmat iaitu di syurga Allah SWT..haaa..br btol 


Owh, lepas tu br la ana terfiir kata2 amirsab td semua nya btol3 & semua tu boleh dicapai dgn usaha agama..tak de cara lain melainkan cara Nabi SAW..insyaAllah semua sedia! (tasykil)


Semua azam untuk ambik kursus ni insyaAllah (bkn course yg ana ambik kt UTM ni ye..huhu)

Thursday, April 1, 2010

Pandangan Mata & Aurat



Assalamua'alaikum warohmatullah wabarokatuh...

Bismillahirrahmanirrahim..

Mukaddimah:

Model permintaan dan penawaran menerangkan interaksi dalam pasaran untuk sesuatu barangan di antara pengeluar dan pengguna, dan hubungannya dengan harga dan penawaran barangan itu. Ia merupakan model asas mikroekonomi dan digunakan untuk menjelaskan beberapa senario, dan juga sebagai konsep asas untuk berbagai-bagai model perekonomian dan teori yang lain. Ia asalnya diterangkan oleh Antoine Augustin Cournot, dan dipopularkan oleh Alfred Marshall.
Model ini meramalkan bahawa dalam sebuah pasaran bebas yang sempurna, harga berfungsi untuk menyeimbangkan jumlah diperlukan oleh pengguna dan jumlah dibekal oleh pengeluar dalam menghasilkan sebuah ekonomi seimbang.
(Sumber: Model Permintaan dan Penawaran, Wikipedia)



Rendahkan pandangan anda (baca yang dalam gambar tu)


Ada seorang sahabat selalu zihin "bilamana semua orang lelaki buat keputusan untuk rendahkan/tundukkan pandangan pada perempuan (masturat best sket), maka mereka dengan sendiri nya akan tutup aurat dengan sempurna" <-- tak pasti samada dia quote kata2 ulama' @ sape

Sebab tu la tiba2 keluar teori kat atas tu..dah mcm penulisan berilmiah pulak..hoho..tp kalau nk di ikutkan teori tu, kalau lah takde permintaan pasti & pasti takde pengeluaran..macam tu jugak kalau nak di ikutkan kata2 sahabat ni kalau lah takde lelaki yg berkeinginan melihat aurat masturat, maka mereka sendiri tak akan mendedahkan aurat secara terbuka..

Tapi asbab kelemahan saya, ramai lagi yang belum faham..ramai lagi yang berkeinginan..ramai lagi yang suka dengan keadaan sedemikian..Astarfighullahal 'Azim..Kau jauhkan lah aku dari fitnah masturat "Allahummainni a'uzubika minfitnatinnisa'..aminnn"

p/s: tak faham dengan masturat yang cakap dia pelik tgk karkun tundukkan/rendahkan pandangan dgn masturat..ketahuilah oleh kamu bahawa bukan kami merendah-rendahkan kaum kamu, malahan sesungguhnya kami takutkan 'azab2 dari Allah SWT

Tuesday, March 30, 2010

Karghuzari Keluar 27/3


Assalamu'alaikum warohmatullah wabarokatuh...

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT di atas limpah kurniaan taufik & hidayah  Nya insanlemah ini sempat keluar 1 hari (setengah hari lagi program Jord) bermula pada 27/3 lalu..

Seperti kebiasaan, bayan hidayat diadakan di Surau Desa Bakti untuk student yg nak keluar bermula hari sabtu, mostly every week ada jemaah..Kali ni pembayan hidayat adalah tanggungjawab zon B..

Pembayan yg diberikan tanggungjawab kali ni, Ustaz Shamsudin @ Ust. Sam dari marhalah Kebangsaan (mcm penah dgr je name tu??..oh, yg ni lain daa..hoho)..bayan yg sgt bermanfaat telah diberikan (memang kebiasaan nya lain sket kalo ustaz yg bg bayan..bkn senang nk jmp ust yg buat usaha..moga2 Allah Ta'ala pilih lg & lg ustaz buat usaha..aminnn)




Antara isi bayan hidayat; TAAT..konsep agama ni adalah taat..setiap apa yg diturunkan, disuruh & dilarang hendaklah dilakukan 100% seperti yg diberitahu melalui syariat..dan syariat adalah batasan2..dia bg contoh sembahyang subuh 2 rakaat..ada org sembahyang subuh 3 rakaat & mengaku dia lagi bagus..ibadat dia lg bgus, zikir dia lebih, sujud dia lebih, rukuk dia lebih..boleh ke??...haaa, itu konsep TAAT berdasarkan syariat..kemudian ditekankan bahawa agama ni bkn nya logik..kite gune contoh td, kalo diikutkan mmg dia punya rakaat lagi bnyk, zikir lagi bnyk, rukuk lg bnyk, sujud lg bnyk, tapi hakikat nya bkn itu kehendak agama..begitu juga sekarang, apa yg dilakukan oleh Rasulullah SAW adalah agama yg mn 100% peratus perlu diamalkan oleh semua ummat manusia..tak perlu dikurang & tak perlu ditambah..itulah TAAT dgn SYARIAT untuk agama yg bkn nya berlandaskan LOGIK (agama mmg xlogik..maka jgn persoal kn setiap amalan & sunnah ye..trus amalkan aje..ingt tu <--- peringatan utk diri sendri bah)..

Tiba2 diceritakan pulak di tempat kerja dia..rupa2 nya kt sn dia pn da dipanggil "Sudin ajaib"..hoho..tp dia bgtahu la yg semua org kt tmpt keje dia faham ape mslah sbenar nya..dia pn sengih2 jela org panggil mcm tu..alaa, gurau2 kn..hehe..masalah berkaitan dgn isi bayan katanya (jgn ckp lbeh2..adalah dilarang sm skali org buat usaha ckp tntng rakan seusaha yg lain & inilah yg patot diterapkan kepada seluruh ummat manusia..Allahuakbar, mulia nya usaha ni)..kemudian dia bg pulak karghuzari masa dia buat usaha kat upm dulu..1 ketika ramai org islam kat UPM murtad..maka semua badan yg ada kaitan dgn Islam dipanggil utk mesyuarat termasuk la jemaah tabligh..semua diberi surat (yg lawak nye die cerita surat tu ditulis kepada pengerusi jemaah tabligh UPM..dia kata "bila masa pulak jemaah tabligh ada pengerusi ni"..haha)..dia bwk masalah ni jmp syura Malaysia kat Seri Petaling & syura mesyuarat cakap boleh pegi..tp jgn ckp pape..

Bila mesyuarat, mcm biasa la..mcm2 la pendapat diberi..yg ni mcm ni..yg tu mcm tu..berdentum-dentum la..smp masa dia mintak pendapat kt karkun, ape yg dibuat hanyalah senyum je =)...ape lg, kne la kate mcm2..karkun tu pn still senyum je..lg & lg =)=)=)..itulah yg mampu dibuat, TAAT..inilah kemuliaan usaha ni, Allahuakbar..diingatkan juga bahwa usaha ni bkn utk berdebat & tinggalkan apabila diajak berdebat..kita bkn nk menang..(huhu, mmg tak ada usaha yg semulia ni pernah aku jmp..alhamdulillah aku yg hina dina ni Allah Ta'ala pilih KEMBALI...semoga Allah Ta'ala pilih insanlemah ini lg & lg hingga tiada lg..aminnn)

Dia karghuzari pulak masa dia keluar 4 bulan dulu..masih dgn isi bayan td, TAAT (pjg la pulak kalo nk d crita kn lg..huhu)..pasti & pasti & pasti ada kejayaan di beri di kemudian hari..ni pengalaman dia sendiri tau..haa..tp yg tak best nye die tak dapat bayan panjang2 sebab masa tak mengizinkan (huhu..da la syok dgr die bayan)..

Lepas tu kami dipecahkan mengikut kolej masing2 utk di attach kan dgn jemaah org awam..Alhamdulillah kami dapat keluar dgn marhalah kembar kami di tempat Jord yg akan diadakan esok nye..Seramai 10 org dr jemaah tersebut + kami 5 org = 15 total (pergh, ramai gak)..Mereka ada lecturer, cikgu, tp persamaan nya  mereka da byk buat pengorbanan untuk agama..ape lg, byk la karghuzari dr mereka..hoho syok la dgr..mcm2 pengalaman..Lagipun masa bayan hidayat td memang disuruh byk kn muzakarah dgn org2 lama (nk bg naik jazbah kot..hehe)..

Tp yg dasat nya, ni lah kali pertama keluar khususi betul2..mana tak nya pukul 1 pg br blk drp lepas ta'am mlm tu..hoho..Semangat lebih sket hr tu sbb pegi usulli student2 yg ada azam nak pegi Jord esok nya & khususi random..Ditambah pula dgn jazbah nk keluar 4 bulan..Dah terasa la bahang nye kot..hehe..setiap kali jmp org mintak mereka doakan kami yg nak keluar 4 bulan nnt lepas final exam (tp aku lepas short sem..harap2 diorang doa utk aku jugak..huhu)..

Esok nya, masjid kami keluar tu jd tempat Jord..Alhamdulillah la..seperti yg di karghuzari kn.. (lihat sini)..lepas ta'am Jord lpas zohor tu br la bayan wapsi (tangguh)..kemudian pulang lah kami semua ke medan usaha masing2 yg sebenar nya..Semoga Allah SWT pilih insanlemah ni utk keluar ke hujung2 peta lg & lg sehingga tiada lagi..aminnn

Monday, March 29, 2010

Konvokesyen



TAHNIAH sahabat!

Alhamdulillah..ptg semalam sempat jugak pegi meraikan konvo beberapa orang sahabat..syukur la, Allah Ta'ala bg kekuatan untuk pegi walaupn penat blk dr Jord..kalo ikt kn mata, memang da lelap la jwp nye..tp bila di fikir2 kn ats ikatan ukhuwah persahabatan & dgn niat nk sukakan hati sahabat seagama (belajar2 ikram..tp xbwk pape pn..bwk diri je..huhu), kuatkan jugak semangat lepas solat asar tu & terus pegi..


Sampai2 je konvo sesi ptg tu br je habis..alhamdulillah, sempat jugak sampai..tp mmg hidayat la kalo org da reramai..nak cari orang pulak..mmg sesak ar..huhu

Seronok la melihat mereka2 bersama sahabat, keluarga tercinta bergambar, berpeluk-pelukkan mengucapkan tahniah antara 1 sama lain..semua nya gembira..mgkn ada juga yg menitiskan air mata kegembiraan..




Wajah kegembiraan mereka

Dalam lautan manusia yg memenuhi kawasan tu, tiba2 teringat bayan taghrib Jord pg td..alaa, yg bayan nya berapi tu..sampai telinga yg mendengar pun berasap..ingat tak??..(Lihat sini)..huh, mmg btol2 kena la (pancung gak ar..huhu)..isi bayan tu pasal konvo..tp bkn konvo ni, konvo sebenar di sana nnt, padang mahsyar..

Bila melihat kegembiran diorang, terfikir adakah kegembiraan utk aku di sana nnt?..adakah keraian yg akan menyambut majlis konvo di sana nnt?..bagaimanakah sijil buku amalan aku akan diberi nnt..adakah dr belakang, atau dr bawah, ataupun dr kiri??...na'uzubillah..mcm mn pulak perasaan aku di sn nnt??..sedangkan Nabi SAW sendiri risau runsing akan ummat nya pd masa tu..Allahuakbar..xdapat nak dibayangkan

Maka apalah sangat setakat tak pergi konvo ni (ckp utk diri sendiri ye..mgkn xsempat konvo nnt, msh khuruj..lgpn da konvo degree dlu..ape daa)..itulah hakikat sebenarnya (mak ana tny psl konvo pulak ble ckp nk keluar 4 bln hr tu..huhu)..



Gambar studio masa konvo degree dulu


Semoga Allah SWT bg kefahaman yg haq untuk semua..doa2 kn utk ummat manusia seluruh alam (esp mak ana)..aminnn

Friday, March 26, 2010

Hakikat Yang Dihijab


Sebagai permulaan, diingatkan (utk diri sendiri juga)yang jazbah dalam usaha agama ini sangat penting. Dengan adanya jazbah, suasana akan datang. Baru ada kekuatan <---- iman umat akhir zaman kan iman suasana..huhu

Kebetulan jumpa 1 risalah yang bertajuk Pengorbanan Para Pendakwah (Daie). So, fikir2 best jugak kalau copy paste ni (niat utk kongsi2 la..hehe). Ape2 pn, nk mintak maap sm pemilik source ni (xtahu mcm mn nk contact diorng..huhu). Kalo yg membaca ni ade yg kenal, sampai2 kn la ye


"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar" (At-Taubah: 111)
SubhanAllah! Hiba rasanya hati ini melihat pengorbanan para daie. Amat mulia peribadi mereka menjalankan dakwah yang merupakan tugas para nabi dan Rasul. Mereka bertungkus lumus berkorban diri dan harta (termasuk masa <--- sendiri edit) hanya kerana Allah dan agama-Nya, menjadikan segala-galanya hanya untuk dakwah, mengorbankan segala yang indah disisinya untuk memartabatkan agama Islam. Siapakah yang lebih mulia daripada mereka yang menyeru kepada Allah?

"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata: sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslimin (yang menyerah diri)?" (Al-Fussilat: 33). Akan tetapi mengapa manusia itu tidak melihat pengorbanan mereka ini? Malah menolak dakwah, menbenci dan melontarkan kata-kata cacian dan hinaan. Bersabarlah wahai para pejuang Islam sekalian! Sudah lumrah berdakwah itu sesuatu yang amat sukar. "Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka. Mereka akan bersumpah dengan Allah: 'Jikalau kami sanggup tentulah kami berangkat bersama-samamu'. Mereka membinasakan diri mereka sendiri dan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta". (At-Taubah: 42). Malahan andai dakwah ini cukup mudah, masakan Rasulullah sanggup mengatakan "Seandainya diletakkan matahari disebelah tangan kananku dan bulan di tangan kiriku, pasti aku tidak akan meninggalkannya melainkan aku menang dengannya atau aku mati kerananya".

Marilah para daie yang cukup mulia. Bangkitlah tanpa kenal rasa sedih dan duka. Melangkah terus maju dan maju dengan memegang Al-Quran dan As-Sunnah. Menjadikan tahajud sumber kekuatan diri, menanam erti kegagahan dengan alunan kitab suci yang mengalir dalam darah, berlari dalam layar kehidupan dengan wangian syurga disisi. InsyaAllah kemenangan itu adalah benar dan pasti. Bersabarlah. namun, dalam menetap kesebaran di hati, sering kali diri kita ini diuji debgan bermacam-macam ujian. Apalah daya bagi seorang manusia yang fitrahnya masih kenal perasaan sedih, penat dan juga derita. bersabarlah dan berserahlah kepada Allah wahai pembaca risalah ini yang bergelar daie!<--- dlm terbitan asal pendakwah..tukar jd daie mcm berselera sket dgr..maksud yg sm xpe kn..hehe


(Sumber: Ar-Risalah terbitan BAKDIS, Sekolah Menengah Kebangsaan Hamzah Machang, Kelantan)