Jangan ikut selagi tak ada niat nak ikut Rasulullah & para sahabat

Showing posts with label macam-macam. Show all posts
Showing posts with label macam-macam. Show all posts

Tuesday, April 26, 2011

Allah Maha Kuasa, makhluk gila kuasa


Assalamu'alaikum..ooo assalamu'alaikum...

Wa'alaikumussalam..hah, jemputlah jemput..masuk, masuk...

Tuan blog ni mana?..

Err, saya lah orang nya..kenapa tuan?

Ni kenapa blog awak teruk sangat ni?!..bukan setakat bersawang, siap berkulat, fungus, hingus...kalau nak di ikutkan keadannya ni, macam ditinggalkan 40 hari je...

Maaf la sheikh, harap2 tak berjangkit..keluar 40 hari belum lagi..tapi offer dunia banyak datang sheikh..

Owh, bagus la tu..ramai yang tertunggu tu..ada offer baik?

Macam2 la sheikh..ada offer projek tu la, projek ni la..projek 'bina masjid' pun ada...

Hah, bagus sangat la kalau macam tu..projek mega semua nya..tapi apa pasal tuan macam tak beria je ni??

Tak tahu la sheikh..rasa tak sedap hati la bila dunia datang..mungkin bagi orang lain tu rezeki, rahmat..tapi bila datang je dunia macam ni, habis taqaza agama terbengkalai..kena jawab pulak kat mahkamah sana nanti..

Baguslah tuan ada fikir macam tu..kalau nak tambah fikir lagi, jom ikut ziarah..tapi bukan kat sini la, lorong  ke lorong, rumah ke rumah..amacam?

InsyaAllah, saya azam.

Dunia yang fana'!

p/s; Selamat menziarah bagi yang buat usaha ziarah sahaja...

Friday, January 28, 2011

Sedih..sedih...


Alhamdulillah baru-baru ni sempat keluar 3 hari di kawasan kg. yg agak pedalaman Daerah Marang. Nama kg. nya Kampung ###### (terpaksa di censored kan atas faktor2 keselamatan di hari akhirat..huhu).


Bagus nya kat masjid kg ni, fasiliti nya memang 1st class. Interior design nye memang menangis la kalau orang bangla tengok. Macam masjid negeri kot..huhu. LCD siap pasang 2 biji lagi tu.

Tapi yang sedih nya, sampai waktu solat 3-4 orang je dtg. Zohor & 'Asar 3 orang, malam lebih sikit. Lepas tu dengar cerita pulak, dengar cerita la, jangan percaya ni, (kata2 Allah & Rasul saw je kena percaya tau) diorang buat pair 2-3 daripada ajk masjid untuk jadualkan waktu mereka datang masjid untuk pastikan 5 waktu solah masjid tak kosong. Perghhh, ape kes?..salah sape ni??..ape nk jawab nnt ni???..Allahuakbar, salah saya la ni..sob3 =,(

p/s: teringat duty roster class masa sekolah dulu yg selalu ponteng..mcm mn kalau mereka pn terponteng?..atau buat2 ponteng??..atau terpaksa ponteng???..sape nk bertanggungjawab.....sob3 lg =,(

Wallahua'alam...

Friday, June 4, 2010

Kesiannya...


Assalamu’alaikum warohmatullah wabarokatuh...

Memang kesian la dengan apa yang jadi sekarang..tapi aku lagi kesian dengan apa yang berlaku kat orang sekeliling nya..aduhhh, kesian la..yang duk jerit2, pekik2 tu semua tu bukannya orang sembarangan..bukannya mat2 rempit yang sekolah tak habis tu..bukannya mat2 pit yang duk kat bawah jambatan tu..diorang ni apetah lagi kesiannya..tapi diorang tu kurang2 ade masuk u kot..ilmu tinggi2..duk kat rumah besar2 kot..

Tapi kesian la..diorang tak faham..asbab kelemahan kurang nya saya buat usaha..kurang nya saya korban..maka Allah tak bagi mereka faham..istighfar byk2 la wahai manusia..betul la orang kata, mereka yang paling faham tentang kita adalah musuh kita..dan makhluk yang paling faham tentang agama ni adalah syaitan laknatullah..syaitan ni nama sebenar nya adalah azazil (yang paling bijaksana,perkasa)..dan ni pulak orang duk kata yahudi musuh kita..kesian2..hah, tgk ni..tgk2..emo la pulak


Nak faham, korban lagi dan lagi sampai tiada lagi..

p/s: jangan salah korban, nanti jadi macam azazil yang dah jadi syaitan laknatullah..

tak dapat pergi johr selatan nanti..insyaAllah, balik kg pergi johr timur..doa2 kn aku ni termasuk dlm 1 jemaah yg dibentuk nnt

Tuesday, May 4, 2010

Sijil "Kursus Perkahwinan"


Assalamu'alaikum warohmatullah wabarokatuh...

"Untuk mendapat sijil perkahwinan ini, saudara dan saudari cuma perlu mengikuti kursus perkahwinan selama 1 hari setengah...tetapi mestilah di pusat kursus perkahwinan yang sah, laku dan diiktiraf oleh Jabatan Agama"


hmmm..mcm tu la untuk isteri pertama aku ni..kena la ade pengesahan mcm tu jugak..kan3


lain macam je ni


rupa-rupa nya, inilah benda alah nya...

Alhamdulillah, Allah Ta'ala permudahkan urusan aku pagi tadi..sampai2 je trus dapat berurusan..kalau di Johor hari tu, mashaAllah..hidayat......

Semoga dipermudahkan juga urusan2 yang lain..mohon didoakan insanlemah ini untuk keluar 4 bulan insyaAllah Jun nanti

Jazakallah

p/s: beberapa maklumat terpaksa di censored atas faktor2 keselamatan

Tuesday, April 6, 2010

Kursus Keselamatan, Kesihatan & Alam Sekitar


Assalamu'alaikum warohmatullah wabarokatuh...

Kebetulan pagi tadi teringat 1 kisah berkaitan ngan course yg ana ambik sekarang ni, Safety, Health & Environment (SHE)..bkn 'she' yg perempuan tu ye..hehe

Kisah ni kalau xsilap jd masa sebelum cuti semester lepas mgkn dlm bulan 1/2 lepas..aboh (panggilan abah utk org ganu) call bgtahu anak Hj. Lan (karkun kt marhalah ana) yg br lepas spm ade keluar 40 hari dkt2 area UTM ni..kata nya jemaah tu cmpur2 ngan jemaah dr shah alam..so, tny la org awam kt mana route jemaah tu..

1 hari tu, route jemaah tu kena pulak kat masjid btol2 luar slh 1 gate UTM..dah btol2 dekat, niat la ptg tu nk prgi ziarah budak tu..alhamdulillah la ptg tu sempat sembahayang asar kat masjid tu & dgr bayan kepentingan dakwah lepas asar..jumpa la si budak ni..

Dah borak2, diorang ajak pulak minum ptg (ta'am) sekali..masa tu la jmp amirsab jemaah tu..rupa2 nya die tu org kuat SIRIM kat Shah Alam..haaa, ni ade dialog yg plng di ingati utk dikongsi..lbeh kurang la ye..


amirsab: anta ambik kos ape kt sini?
ana: sy ambik kos safety, health & environment
amirsab: ooo keselamatan, kesihatan & alam sekitar.....
ana: ye...ye.....
amirsab: ok...utk bab safety, keselamatan yg tinggi mcm mana perlu kita capai?
ana: er..er.....(xtahu nk jwb ape..mau kena pancung kalo jwb ni..maklum la org tgh keluar..huhu)
amirsab: keselamatan yg paling tinggi untuk diusahakan adalah selamat drp azab seksa api neraka & masuk syurga Allah SWT
ana:.....(btol3..dlm ht je la)
amirsab: kesihatan yg mcm mana pulak yg perlu kita usahakan?
ana: mmmm.....mmm.....(cube nk jwb..tp lame sgt pk, biar jela die yg jwb blk..hehe)
amirsab: kesihatan yg perlu diusahakan adalah kesihatan iman iaitu bilamana skt mcm mn sekali pn jasad kita, kesihatan iman la yg akn beri kekuatan utk kita pergi kpd setiap perintah Allah SWT
ana: .....(ooo..dlm ht jugak sbb duk nguyah biskut)
amirsab: haa..utk alam sekitar pulak, tahap alam sekitar yg mcm mana kita nak usahakan utk dapat?
ana: ....(xsempat nk pk da yg last ni..trus die jwb..sbb nmpk ana duk khusyuk ngunyah biskut kot..hoho)
amirsab: alam sekitar yg kita nak usaha utk dapatkan adalah alam sekitar yg penuh dgn nikmat iaitu di syurga Allah SWT..haaa..br btol 


Owh, lepas tu br la ana terfiir kata2 amirsab td semua nya btol3 & semua tu boleh dicapai dgn usaha agama..tak de cara lain melainkan cara Nabi SAW..insyaAllah semua sedia! (tasykil)


Semua azam untuk ambik kursus ni insyaAllah (bkn course yg ana ambik kt UTM ni ye..huhu)

Thursday, April 1, 2010

Pandangan Mata & Aurat



Assalamua'alaikum warohmatullah wabarokatuh...

Bismillahirrahmanirrahim..

Mukaddimah:

Model permintaan dan penawaran menerangkan interaksi dalam pasaran untuk sesuatu barangan di antara pengeluar dan pengguna, dan hubungannya dengan harga dan penawaran barangan itu. Ia merupakan model asas mikroekonomi dan digunakan untuk menjelaskan beberapa senario, dan juga sebagai konsep asas untuk berbagai-bagai model perekonomian dan teori yang lain. Ia asalnya diterangkan oleh Antoine Augustin Cournot, dan dipopularkan oleh Alfred Marshall.
Model ini meramalkan bahawa dalam sebuah pasaran bebas yang sempurna, harga berfungsi untuk menyeimbangkan jumlah diperlukan oleh pengguna dan jumlah dibekal oleh pengeluar dalam menghasilkan sebuah ekonomi seimbang.
(Sumber: Model Permintaan dan Penawaran, Wikipedia)



Rendahkan pandangan anda (baca yang dalam gambar tu)


Ada seorang sahabat selalu zihin "bilamana semua orang lelaki buat keputusan untuk rendahkan/tundukkan pandangan pada perempuan (masturat best sket), maka mereka dengan sendiri nya akan tutup aurat dengan sempurna" <-- tak pasti samada dia quote kata2 ulama' @ sape

Sebab tu la tiba2 keluar teori kat atas tu..dah mcm penulisan berilmiah pulak..hoho..tp kalau nk di ikutkan teori tu, kalau lah takde permintaan pasti & pasti takde pengeluaran..macam tu jugak kalau nak di ikutkan kata2 sahabat ni kalau lah takde lelaki yg berkeinginan melihat aurat masturat, maka mereka sendiri tak akan mendedahkan aurat secara terbuka..

Tapi asbab kelemahan saya, ramai lagi yang belum faham..ramai lagi yang berkeinginan..ramai lagi yang suka dengan keadaan sedemikian..Astarfighullahal 'Azim..Kau jauhkan lah aku dari fitnah masturat "Allahummainni a'uzubika minfitnatinnisa'..aminnn"

p/s: tak faham dengan masturat yang cakap dia pelik tgk karkun tundukkan/rendahkan pandangan dgn masturat..ketahuilah oleh kamu bahawa bukan kami merendah-rendahkan kaum kamu, malahan sesungguhnya kami takutkan 'azab2 dari Allah SWT

Monday, March 29, 2010

Konvokesyen



TAHNIAH sahabat!

Alhamdulillah..ptg semalam sempat jugak pegi meraikan konvo beberapa orang sahabat..syukur la, Allah Ta'ala bg kekuatan untuk pegi walaupn penat blk dr Jord..kalo ikt kn mata, memang da lelap la jwp nye..tp bila di fikir2 kn ats ikatan ukhuwah persahabatan & dgn niat nk sukakan hati sahabat seagama (belajar2 ikram..tp xbwk pape pn..bwk diri je..huhu), kuatkan jugak semangat lepas solat asar tu & terus pegi..


Sampai2 je konvo sesi ptg tu br je habis..alhamdulillah, sempat jugak sampai..tp mmg hidayat la kalo org da reramai..nak cari orang pulak..mmg sesak ar..huhu

Seronok la melihat mereka2 bersama sahabat, keluarga tercinta bergambar, berpeluk-pelukkan mengucapkan tahniah antara 1 sama lain..semua nya gembira..mgkn ada juga yg menitiskan air mata kegembiraan..




Wajah kegembiraan mereka

Dalam lautan manusia yg memenuhi kawasan tu, tiba2 teringat bayan taghrib Jord pg td..alaa, yg bayan nya berapi tu..sampai telinga yg mendengar pun berasap..ingat tak??..(Lihat sini)..huh, mmg btol2 kena la (pancung gak ar..huhu)..isi bayan tu pasal konvo..tp bkn konvo ni, konvo sebenar di sana nnt, padang mahsyar..

Bila melihat kegembiran diorang, terfikir adakah kegembiraan utk aku di sana nnt?..adakah keraian yg akan menyambut majlis konvo di sana nnt?..bagaimanakah sijil buku amalan aku akan diberi nnt..adakah dr belakang, atau dr bawah, ataupun dr kiri??...na'uzubillah..mcm mn pulak perasaan aku di sn nnt??..sedangkan Nabi SAW sendiri risau runsing akan ummat nya pd masa tu..Allahuakbar..xdapat nak dibayangkan

Maka apalah sangat setakat tak pergi konvo ni (ckp utk diri sendiri ye..mgkn xsempat konvo nnt, msh khuruj..lgpn da konvo degree dlu..ape daa)..itulah hakikat sebenarnya (mak ana tny psl konvo pulak ble ckp nk keluar 4 bln hr tu..huhu)..



Gambar studio masa konvo degree dulu


Semoga Allah SWT bg kefahaman yg haq untuk semua..doa2 kn utk ummat manusia seluruh alam (esp mak ana)..aminnn

Saturday, March 27, 2010

Simfoni Nurani


Assalamu'alaikum warohmatullah wabarokatuh...

Untuk tajuk n3 tu sbenarnya tajuk program yg dijalankan di pesta konvo UTM kali ke 44 malam ni..baru balik dr sanan la ni haa..tak plan pun nak pergi kot..da ade orang ajak (niat ikram..aminnn)..rasa2 nya ramai da dapat tangkap berdasar kan tajuk kat atas tu..kan..kan...(jgn buat2 tak paham pulak & yg tak paham tu pandai la cr maksud)..kalau da ada perkataan simfoni tu ape lagi, muzik la..then perkataan nurani pulak da semestinya yang berkatan dengan rohani..kalau bahasa glamor nya islamic kot..ataupn dengan kata lain nya program ni adalah program berhibur secara islam (yeke???)..hoho

Haaa, dgr kata nya program tu anjuran PMIUTM..dengar2 nye lah..sebab kalau nak di ikut kan poster2 kat blok asrama, rasa nya tak ada (kalo ade abes la aku kne pancung ckp xalert ni..adehh..eh, blok aku tak ada ok) tp yang pasti nya anjuran UTM (da diorang berkuasa nak luluskan satu2 program)....apa2 pun sudah semestinya objektif & target oleh pihak penganjur yang baik2 belaka..harap2 semua tu tercapai (harap2 la..aminnn)..

Dapat la menikmati 1 teater bertajuk Menunggu Jawapan Ilahi (kalau tak silap)..yang mengisahkan tentang Ka'ab bin Malik semasa perang Tabuk (kisah dia panjang yang amat..tak larat nak cerita kat sini..bukan malas ye..hehe..kalau sape2 tak tahu bole rujuk kitab Fadhail Amal bab Kisah Para Sahabat)..watak Ka'ab tu dilakonkan oleh Sabri Yunus & dibantu oleh alunan biola dari salah seorang ahli kumpulan kopratasa ........(apa nama tak tahu)..memang menghayati la teater tu (bkn aku yang menghayati, sabri yunus tu..huhu)..siap nangis2 lagi..mmg terkesan la (utk sesetengah orang je kot..tp rasa nya tak sampai setengah sebab yang lain2 terkesan dengan gerai2 kain baju kt sebelah pentas..haish)..jumpa la sorang karkun ni sedang khusyuk tengok teater tu..alhamdulillah (ucapan dr seorang insanlemah..ade sket kekuatan..huhu..calon 4 bulan lagi tu kot..lengkap berjubah la..aku kopiah ngan baju melayu je..ape daa)

Habis persembahan tu sempat la pulak round2 dalam tapak pesta tu dengan karkun td..mula2 nya dengar orang kata bosan..ramai jugak yang kata macam tu..tp ble pergi sana, hakikat nya mmg ramai la umat akhir zaman kt situ (bosan2 pn pergi jugak..ckp utk aku la ni..hoho)..lagi2 la masturat, memang..... (hidayat..)..memang mata kne btol2 jaga la..nasib baik jalan ngan karkun..alhamdulillah (ucapan dr seorang insanlemah sekali lagi)..tak dapat dinafikan bila pesta konvo ape lagi yg banyak nya, kedai baju, gerai2 makan, booth2 syarikat telekomunikasi (ayat skema SPM la pulak..haha)


Hah, ble da jalan2 sampai kat booth ni pulak rupa2 nya ade 1 lagi program simfoni (paham2 la ye)..time lalu tu dgr pulak suara masturat..aduh, ape lagi..istighfar je la byk2 (itu la yg termampu di buat oleh seorang insanlemah)..kat ujung sana simfoni, kt sebelah sini pun nak sinfoni jugak..tp totally berlawanan..aiyaaa..ape nak jd daa..sedih2..huhu..trus blah je la (mmg da on the way blk kot..hehe)

Tak perlu nak cakap byk la pasal ni..buat dosa je..yang penting sangka baik..semoga mereka2 mendapat taufik & hidayah..aminnn

Akhir kata, (mcm ucapan la pulak) berdasarkan 2 situasi ni, lu fikrlah sendiri!!!

Wassalam