Jangan ikut selagi tak ada niat nak ikut Rasulullah & para sahabat

Tuesday, May 25, 2010

Fadhilat Buat Usaha Agama


Antara kelebihan (fadhilat) buat usaha agama (yg org panggil tabligh tu)..

1. Bersahabat tanpa kenal
   - bila keluar jemaah, pasti akan ada antara ahli jemaah yg entah datang nya dari mana, entah apa keturunan nya, bermacam2 warna kulit & bermacam2 kisah hidup..tp bila dalam jemaah dapat bersahabat melebihi kawan (sahabat lain drp kawan ye)
2. Alim tanpa madrasah
   - tanpa pergi mana2 madrasah pn boleh jd alim..inilah sekolah iman..belajar ilmu iman..usaha atas iman
3. Mulia tanpa keturunan
   - bila mula bayan je, maka orang ramai akan duduk rapat2 depan pembayan..xkira la siapa yg bayan tu..hatta banduan pn orang akan tetap mulia kn apa yg di bayan kan..yg dengar pulak pun sama..pasti akan disebut "tuan-tuan yang mulia"
4. kaya tanpa harta
   - merata2 tempat pergi, walhal harta sikit pn takde..Hj. Marzuni cerita kisah dia di 1 airport UK kalo xsilap..yg pst nya europe..jumpa seorang Dato'..tanya kan berapa belanja dia untuk keluar di sana..Hj. Marzuni jawab RM 6,000..Dato' tu balas "saya kat sini RM 10k sehari"..


Alhamdulillah, semalam br balik keluar beberapa hari di Halqah Larkin..sempat la iktikaf di Surau Kg. Setanggi, Masjid Kg. Sulaiman Dato' Menteri di Majidee & Masjid As-Sobirin di Taman Daya..attach dgn jemaah 40 hari yg bergerak kat sana tu..jemaah dari UTM juga..alhamdulillah, sempat la keluar bersama seorang syura JB, Hj. Marzuni beberapa hari..fadhilat kat atas tu dia la yg bagi..

Jemaah ni bayan hidayat di Sri Petaling bersama jemaah Alahyarham Huzaifah yg syahid di Sabah baru2 ni..ada beberapa ahli jemaah ni yg cam muka Allahyarham masa kat Sri Petaling..kebetulan salah1 route jemaah ni kena kat kg atuk Allahyarham..atuk dia bgtahu yg dia kagum tgk jenazah Allahyarham..mcm org hidup..khabar nya ayah nya terus sediakan 2 org adik Allahyarham keluar 40 hari cash lepas tu..subhanallah, mati pn boleh jadi asbab hidayat..dikatakan, lebih kurang 1000 orang sembahyang jenazah untuk Allahyarham..xdapat dibayang kan dengan jemaah yg sebegitu ramai & yg pasti nya dikalangan alim ulama' dan hafiz2 di Seri Petaling tu..Allahuakbar, aku pasti mencemburuimu

Doa2 kan ana utk keluar 4 bulan IPB tgh bulan 6 ni..dah dapat tarikh submit report 14 jun..tarikh present je belum tahu lagi..Doa kan semoga Allah SWT permudahkan segala urusan ana

Jazakallahu khairan kathira...

6 comments:

hainur hapis on May 25, 2010 at 6:57 PM said...

Jazaka Allah Khir Share

Doakan ana juga


Assalamualaikum

insanlemah on May 25, 2010 at 10:31 PM said...

wa'alaikumussalam..

insyaAllah tuan..

ziarah76 on May 26, 2010 at 9:36 AM said...

studen UTM ke?
sekarang jemaah studen 40 hari tu masuk ke surau sebelah marhalah saya. Setia Indah.

Umma-ali on May 26, 2010 at 12:10 PM said...

subhanallah byk fadilahnya...ini antara yg sering kita dapat...yg di akhirat lum nampak lagi...emm huzaifah dah nampak dan rasa kot... isy, jeles2!!!

insanlemah on May 26, 2010 at 2:39 PM said...

ziarah76...
ya, sy student utm..jemaah tu tinggal dlm 10 hr lg..ade dgr2 msk marhalah tuan ke?

umma-ali...
benar tu ummi..janji Allah pasti benar..moga2 dipilih juga kita ni..aminnn

ziarah76 on May 26, 2010 at 6:23 PM said...

jemaah tu tak masuk surau saya, sebab surau saya baru dimasuki jemaah pedal...